Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Selatan
Jom sama-sama dapatkan konsultasi pakar mengenai peluang pengajian di IPTA, IPTS, dan institusi MARA!
Jom sama-sama dapatkan konsultasi pakar mengenai peluang pengajian di IPTA, IPTS, dan institusi MARA!
Jangan lepaskan peluang untuk sertai Kursus Asas Pengasuhan secara PERCUMA! Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Stok darah mengalami pengurangan yang agak ketara berbanding keperluan yang tinggi kebelakangan ini.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bakal membuka pintunya kepada orang ramai menerusi program Mosque Open Day 2025 pada 20 Disember 2025, dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) disambut pada 25 November setiap tahun di seluruh dunia. Sempena EVAW, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama- sama bertindak menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita. Bagi penduduk Kedah khususnya Langkawi, jom sama-sama ke Dataran Lang, Langkawi pada malam 24 November untuk menyaksikan nyalaan simbolik warna oren pada replika helang sebagai tanda solidariti menentang segala bentuk keganasan terhadap wanita. […]
Orang ramai dijemput hadir ke Sambutan Hari Sungai Sedunia peringkat Kebangsaan Tahun 2025 pada 4 Oktober 2025 (Sabtu) di Sungai Batu Tegoh, Padang Merbok, Taiping, Perak. Pelbagai aktiviti seperti Program Turun Sungai, Pertandingan Inovasi Sampan Kertas, Soopa Doopa, Pertandingan Memasak Ikan Sungai, Pemeriksaan Kesihatan, Jualan Rahmah Madani dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sana. JOM LER KOME !!!
Jom sertai kami dalam Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan (PKPK) 2025 dengan tema “Inovasi Pertanian Pemangkin Komuniti Hijau”. PKPK yang mula dianjurkan pada tahun 2023 telah berjaya mendapat pengiktirafan dari The Malaysian Book of Records sebagai persidangan pertama yang berjaya menghimpunkan komuniti pertanian Malaysia dalam platform yang sama. Persidangan ini bakal berlangsung seperti butiran berikut: 📅 Tarikh: 18 – 19 Oktober 2025 🕘 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang 📍 Tempat: […]
KKM menawarkan Program Imunisasi Influenza Warga Emas dengan vaksin influenza percuma kepada warga emas dengan penyakit komorbid atau kronik di 649 Klinik Kesihatan seluruh Malaysia, bermula 18 Februari hingga akhir Ogos 2025.
Awasi penipuan yang menggunakan kumpulan sembang Telegram dan Whatsapp! Pelabur dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp / Telegram tanpa pelawaan. Scammer mendakwa diri sebagai pakar dan mempromosikan produk pelaburan yang tidak wujud. Kebanyakan ahli kumpulan sembang merupakan sebahagian daripada skim penipuan tersebut yang mengongsikan testimoni palsu dan bayaran diminta untuk didepositkan ke akaun bank keldai. Pesanan ini dibawakan khas oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Maklumat lanjut layari laman sesawang, www.sc.com.my sekarang! […]