Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Malas Gosok Gigi Sebelum Tidur Boleh Mengundang Pelbagai Penyakit

today23 October 2020

Background

Nampak seperti perkara yang tidak mendatangkan bahaya, tetapi rupanya sikap malas menggosok gigi terutama selepas makan dan sebelum tidur boleh menyebabkan pelbagai penyakit bahaya yang mengancam kesihatan serta nyawa. Ini termasuklah penyakit jantung, pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan strok, pneumonia, gangguan pernafasan, radang pada rahang serta menyebabkan selulit pada wajah.

Mungkin ianya kedengaran seperti keterlaluan dengan hanya tidak menggosok gigi kita berisiko mendapat penyakit kronik. Namun menurut Perunding Pergigian Restoratif, Dr Amri Empol, bakteria yang terkumpul di dalam mulut yang tidak dibersihkan akan masuk ke dalam salur darah dan melekat pada organ dalam badan seperti jantung. Katanya bakteria yang melekat kepada jantung akan membentuk koloni di kawasan berkenaan, membiak dan seterusnya menyebabkan kegagalan jantung dan mengancam nyawa seseorang.

Bakteria Akan Merebak Ke Dalam Organ Badan

Bakteria ini bukan sahaja akan ‘menerkam’ jantung, malah akan singgah juga pada organ lain seperti buah pinggang dan paru-paru. Bagaimanapun, menurut Dr Amri, memberus gigi sahaja tidak mencukupi bagi menjamin kebersihan di dalam keseluruhan kawasan mulut. Selain berus gigi, anda juga perlu menyikat gigi dengan menggunakan ‘floss‘ kerana ia akan mengeluarkan makanan yang terselit di celah gigi dan mencegah pengumpulan plak yang boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat apabila memasuki aliran darah.

Selesai menyikat gigi, seterusnya anda perlu membersihkan keseluruhan mulut dengan menggunakan cecair berkumuh yang mengandungi antibakteria. Rutin memberus, menyikat dan berkumuh dengan cecair antibakteria perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu setiap pagi dan sebelum tidur pada sebelah malam. Sekiranya anda selesai melakukan rutin ini sebelum tidur, janganlah pula anda makan selepas itu, melainkan anda rajin untuk melakukan rutin itu sekali lagi. 

Selain itu, tambahan Dr Amri, penggunaan berus gigi berbulu kasar boleh merosakkan gigi dan gusi. Sebaliknya gunakan berus gigi lembut dan elakkan memberus dengan kasar kerana ia boleh menghakis gigi seterusnya menyebabkan akar gigi terdedah.

Kesan Buruk Tidak Membersihkan Gigi

1. Pembuluh darah tersumbat

Malas menjaga kebersihan gigi dan gusi juga membuat plak berkumpul di dinding pembuluh darah mengakibatkan aliran darah menjadi lebih lambat atau berhenti sepenuhnya.

2. Strok

Apabila darah tersumbat, aliran darah ke otak pun terganggu menyebabkan oksigen ke otak berkurangan dan menjadi punca strok.

3. Gusi berdarah

Jangkitan pada tulang yang menyokong gigi boleh berlaku sekiranya mulut jarang dibersihkan menyebabkan gusi mengalami pendarahan.

4. Pneumonia

Pneumonia atau radang paru-paru akibat jangkitan pada pembuluh darah yang terjadi.

5. Sepsis

Sepsis adalah tindakbalas sistem imun berlebihan terhadap jangkitan yang terjadi pada tubuh menyebabkan radang pada tubuh dan pembekuan darah.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Suka Makan Mi Goreng Mamak? Ini Sebab Ia Sering Dihidangkan Bersama Limau Nipis

Stres Dan Suka Makan? Cuba Makanan² Yang Sesuai Hilangkan Tekanan

 

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

25 cawangan baharu MR. TOY tahun depan

KUALA LUMPUR – Peruncit barangan keperluan kediaman, MR D.I.Y. Group (M) Bhd. (MR D.I.Y.), berhasrat untuk memperluaskan kehadiran jenama kedai permainannya, MR. TOY dengan membuka 25 premis baharu pada tahun 2021. Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y., Andy Chin berkata, pihaknya juga bakal membuka lapan cawangan baharu MR. TOY menjelang akhir tahun ini. Pelan tersebut bakal menggandakan jumlah premis MR. TOY kepada 61 buah berbanding 28 premis buat masa sekarang dan […]

today23 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *