Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Patut Tak Lesen Kenderaan Warga Emas Diberi Perhatian?

today3 November 2020

Background

Menurut laporan Dasar Warga Emas Negara, warganegara Malaysia yang berusia 60 tahun akan meningkat melebihi  15 peratus pada tahun 2030.

Maknanya, kurang dari 11 tahun lagi mereka yang berusia 49 tahun sekarang akan menjadi warga emas dan menjadi populasi warga emas paling tinggi yang akan rekodkan di Malaysia.

Kemungkinan besar juga akan menjadikan jumlah  warga emas memandu kenderaan atas jalan raya lebih ramai.

Mengikut laporan dari Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) yang berpusat di Amerika Syarikat pemandu warga emas lebih banyak melakukan kesilapan ketika memandu yang menyebabkan kemalangan jalan raya.

Antara kegagalan yang dilakukan…

  • Gagal mematuhi lampu isyarat dan papan tanda.
  • Keluar dan masuk simpang dengan cara tidak selamat
  • Gagal memberi ruang kepada pengguna jalan raya yang lain.

Berikutan itu, team Kool Chat Kool FM mengulas isu ini bersama Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM), Doktor Irwan Syah Md Yusoff.

Katanya, kalau nak dikaji semula bagi lesen memandu dalam kalangan warga emas, kita kena tengok juga beberapa faktor lain seperti ekonomi semasa kerana kebanyakannya golongan ini mencari rezeki melalui pemanduan.

“Namun, memandangkan di luar negara telah pun melaksanakan undang-udang bagi kalangan pemanduan warga emas dan hasilnya menunjukkan kesan positif dimana mengurangkan kemalangan jalan raya.

Jadi, saya rasa Malaysia patut untuk membuat medical check up tapi bukan menghalang terus dari memandu cuma ada syarat-syarat yang ditetapkan bagi mengurangkan kemalangan,”

Untuk dengarkan perbincangan lebih menarik, klik saja disini.

 

 

 

 

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

“Tinggi Betul Upah Dia” – Lelaki Ini Dedah Gaji Housemaid Kini Cecah Lebih RM3,000 Sebulan

Rata-rata masyrakat Malaysia mungkin menganggap bayaran bagi pembantu rumah adalah rendah berbanding pekerjaan lain.Tetapi, bagi pembantu rumah itu sendiri mereka sanggup berkerja sedemikian kerana faktor bayaran yang agak lumayan bagi mereka.Baru-baru satu perkongsian di Facebook menarik perhatian apabila seorang lelaki mendedahkan harga sebenar pekerjaan sebagai pembantu rumah.Menerusi posting tersebut, dia memberitahu bahawa dia mendapat tahu harga sebenar gaji mereka selepas... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *