Menurut laporan Dasar Warga Emas Negara, warganegara Malaysia yang berusia 60 tahun akan meningkat melebihi 15 peratus pada tahun 2030.
Kemungkinan besar juga akan menjadikan jumlah warga emas memandu kenderaan atas jalan raya lebih ramai.
Mengikut laporan dari Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) yang berpusat di Amerika Syarikat pemandu warga emas lebih banyak melakukan kesilapan ketika memandu yang menyebabkan kemalangan jalan raya.

Antara kegagalan yang dilakukan…
- Gagal mematuhi lampu isyarat dan papan tanda.
- Keluar dan masuk simpang dengan cara tidak selamat
- Gagal memberi ruang kepada pengguna jalan raya yang lain.
Berikutan itu, team Kool Chat Kool FM mengulas isu ini bersama Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM), Doktor Irwan Syah Md Yusoff.
Katanya, kalau nak dikaji semula bagi lesen memandu dalam kalangan warga emas, kita kena tengok juga beberapa faktor lain seperti ekonomi semasa kerana kebanyakannya golongan ini mencari rezeki melalui pemanduan.
“Namun, memandangkan di luar negara telah pun melaksanakan undang-udang bagi kalangan pemanduan warga emas dan hasilnya menunjukkan kesan positif dimana mengurangkan kemalangan jalan raya.
Jadi, saya rasa Malaysia patut untuk membuat medical check up tapi bukan menghalang terus dari memandu cuma ada syarat-syarat yang ditetapkan bagi mengurangkan kemalangan,”
Untuk dengarkan perbincangan lebih menarik, klik saja disini.
Post comments (0)