Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Bapa Beri Nama Anak Mipan Zuzuzu, Emaknya Steady Je..

today13 November 2020

Background

Siapa kaki TikTok akan tahu lagu Mipan Zuzuzu yang pernah tular seketika di seluruh dunia. Lagu tersebut kembali disebut semula apabila seorang bapa memuat naik sijil kelahiran anaknya di Facebook menerima komen-komen netizen yang menarik.

Welcome baby mipan zuzuzu.. uncle aunty boleh panggil zuzu je?… Mipaaaaaaaaaaan…. Zuzuzuzu?

Posted by Mahzan Yusop on Monday, 9 November 2020

Siapa sangka si bapa, Mahzan Yusop, menyunting gambar sijil kelahiran anaknya dengan niat untuk jadikan ia sebagai hiburan buat kenalan Facebook miliknya menjadi viral sekelip mata. Mana tidaknya, jarang sekali kita jumpa nama yang rare seperti ini!

Walaupun hanya berniat untuk bergurau, Mahzan tidak terlepas daripada menerima kecaman netizen sehinggakan ada yang telah menggunakan kata-kata kesat. Mahzan menjelaskan bahawa pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri tidak membenarkan nama-nama seperti ini jadi bukanlah niatnya memberi nama yang pelik-pelik kepada anaknya.

Menurut Mahzan, nama sebenar anak keduanya ialah Marzuki Bin Mahzan dan ada juga dia terfikir untuk panggil anaknya Zuzu. Apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk keluarga Mahzan Yusof.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kerana Gian, Sanggup Heret Bayi Berusia 2 Bulan Ke Sarang Dadah

Kesan Buruk Bila Si Ibu Letak Garam & Gula Dalam Makanan Bayi Setahun Ke Bawah

 

 

Sumber: Mstar

Written by: Adinna


Previous post

Sukan

Akur tapi kecewa Piala Malaysia batal

Kuala Lumpur: Jurulatih dan pemain meluahkan rasa sedih terhadap pembatalan Piala Malaysia 2020 namun akur dengan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sejajar dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menolak rayuan bagi meneruskan kejohanan itu pada Rabu lalu. Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengakui sedikit terkejut dengan keputusan itu tetapi dalam masa sama memahami kepentingan kesihatan awam perlu diutamakan dalam memastikan penularan wabak Covid-19 dapat... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today13 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *