Siapa kaki TikTok akan tahu lagu Mipan Zuzuzu yang pernah tular seketika di seluruh dunia. Lagu tersebut kembali disebut semula apabila seorang bapa memuat naik sijil kelahiran anaknya di Facebook menerima komen-komen netizen yang menarik.
Welcome baby mipan zuzuzu.. uncle aunty boleh panggil zuzu je?… Mipaaaaaaaaaaan…. Zuzuzuzu?
Posted by Mahzan Yusop on Monday, 9 November 2020
Siapa sangka si bapa, Mahzan Yusop, menyunting gambar sijil kelahiran anaknya dengan niat untuk jadikan ia sebagai hiburan buat kenalan Facebook miliknya menjadi viral sekelip mata. Mana tidaknya, jarang sekali kita jumpa nama yang rare seperti ini!

Walaupun hanya berniat untuk bergurau, Mahzan tidak terlepas daripada menerima kecaman netizen sehinggakan ada yang telah menggunakan kata-kata kesat. Mahzan menjelaskan bahawa pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri tidak membenarkan nama-nama seperti ini jadi bukanlah niatnya memberi nama yang pelik-pelik kepada anaknya.
Menurut Mahzan, nama sebenar anak keduanya ialah Marzuki Bin Mahzan dan ada juga dia terfikir untuk panggil anaknya Zuzu. Apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk keluarga Mahzan Yusof.
Baca juga artikel menarik lain:
Kerana Gian, Sanggup Heret Bayi Berusia 2 Bulan Ke Sarang Dadah
Kesan Buruk Bila Si Ibu Letak Garam & Gula Dalam Makanan Bayi Setahun Ke Bawah
Sumber: Mstar
Post comments (0)