Di media sosial sedang hangat membincangkan tentang isu mengapa di masjid dan surau sahaja mempunyai kawalan ketat sepanjang pandemik COVID-19.
Isu ini membuatkan segelintir masyarakat berfikir ini adalah sebahagian perancangan untuk menggalakkan orang ramai jauh dari Rumah Allah untuk beribadat.

Sumber: twitter
Jadi, dalam satu perbincangan pada 13 November lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan mengapa jemaah dihadkan di masjid.
Katanya, yang menetapkan segala SOP berkaitan masjid dan surau bukan dari pihak kementerian kerana Hal Ehwal Negara Islam terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan di setiap negeri.
Mengapa setiap negeri berlainan dari segi SOP Masjid dan Surau. Ini penjelasan dari Menteri Kanan @IsmailSabri60
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) November 17, 2020
Dalam pada masa yang sama juga, seorang pengguna twitter yang menggunakan nama @MahirahIdris turut membuat perkongsian menerusi ciapan twitter mengenai isu ini dari sudut pandangan agama Islam sendiri.
Penjelasan tersebut dibuat oleh Ustaz Zul Ramli. Jom kita dengarkan…
https://twitter.com/MahirahIdris/status/1327124307332489228
Dalam rakaman video lain, Ustaz Zul ada memetik petikan Nabi Muhamad SAW yang pernah menyebut bahawa Allah akan memberi ganjaran pahala kepada setiap orang yang menjaga dirinya dari perkara yang memudaratkan kesihatan.
Kesimpulan di sini, tiada agenda di sebalik SOP masjid dan surau diperketatkan selain untuk kebaikan kita bersama.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Perak Zon Merah, Tiada Solat Jumaat Di Masjid
Penemuan Masjid Tertua Di Malaysia
Post comments (0)