Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kenapa Masjid & Surau Saja SOP Ketat Tapi Tidak Di Tempat Lain?

today18 November 2020

Background

Di media sosial sedang hangat membincangkan tentang isu mengapa di masjid dan surau sahaja mempunyai kawalan ketat sepanjang pandemik COVID-19.

Isu ini membuatkan segelintir masyarakat berfikir ini adalah sebahagian perancangan untuk menggalakkan orang ramai jauh dari Rumah Allah untuk beribadat.

Sumber: twitter

Jadi, dalam satu perbincangan pada 13 November lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan mengapa jemaah dihadkan di masjid.

Katanya, yang menetapkan segala SOP berkaitan masjid dan surau bukan dari pihak kementerian kerana Hal Ehwal Negara Islam terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan di setiap negeri.

Dalam pada masa yang sama juga, seorang pengguna twitter yang menggunakan nama @MahirahIdris turut membuat perkongsian menerusi ciapan twitter mengenai isu ini dari sudut pandangan agama Islam sendiri.

Penjelasan tersebut dibuat oleh Ustaz Zul Ramli. Jom kita dengarkan…

https://twitter.com/MahirahIdris/status/1327124307332489228

Dalam rakaman video lain, Ustaz Zul ada memetik petikan Nabi Muhamad SAW yang pernah menyebut bahawa Allah akan memberi ganjaran pahala kepada setiap orang yang menjaga dirinya dari perkara yang memudaratkan kesihatan.

Kesimpulan di sini, tiada agenda di sebalik SOP masjid dan surau diperketatkan selain untuk kebaikan kita bersama.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perak Zon Merah, Tiada Solat Jumaat Di Masjid

Penemuan Masjid Tertua Di Malaysia

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter , twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Kluster Mengketil: 210 kontak rapat sudah disaring

Kota Bharu: Seramai 210 individu disaring dipercayai kontak rapat kepada Kluster Mengketil iaitu kluster kedua di Kelantan. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menerusi Facebook (FB) memaklumkan, sehingga kini kluster berkenaan mencatatkan 24 kes termasuk 12 kes terbaru semalam. Menurutnya, 164 individu dikesan negatif dan 22 individu masih menunggu keputusan dijangka diperoleh dalam masa terdekat. "Kluster Mengketil membabitkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di negeri... Klik untuk baca artikel […]

today18 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *