Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Rakyat Malaysia Layak Terima Vaksin Covid-19 Secara Percuma

today30 November 2020

Background

Sebelum ini, Jepun telah mengumumkan bahawa rakyatnya akan menerima vaksin secara percuma. Kini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada sebarang caj dikenakan kepada rakyat Malaysia dan suntikan vaksin tersebut boleh diambil secara percuma jika ia diambil di hospital dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Untuk rakyat kita, di bawah Perintah Fi Perubatan 1982, secara dasarnya sudah tentu ia akan diberikan secara percuma, tiada caj suntikan vaksin dikenakan kepada rakyat Malaysia.

“Mereka yang datang ke hospital di bawah KKM terutamanya sekarang, waktu pandemik, kita di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

SKRIN memaparkan maklumat Vaksin Covid-19 ketika sidang media perkembangan Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya. FOTO BERNAMA

Namun, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan vaksin itu dan ia hanya akan diberikan kepada mereka yang bersetuju untuk mengambilnya secara sukarela terutama golongan berisiko dan mudah menghidapi penyakit.

Menurutnya, setakat ini hanya mereka yang bersetuju, menandatangani persetujuan secara bertulis dengan sukarela akan disuntik vaksin tersebut.

“Tiada paksaan tapi sebaik mungkin bagi mereka yang dianggap kumpulan yang agak mudah menghadapi masalah penyakit dan sebagainya, adalah amat wajar mereka bersedia untuk diberikan vaksin yang saya sebutkan tadi.

“Ini adalah untuk menentukan kita dapat mengawal wabak ini di sini. Saya yakin tahap penerimaan dalam kalangan orang ramai adalah tinggi.

“Saya dengar di luar sana banyak pihak menunggu untuk mereka diberikan suntikan atau imunisasi vaksin COVID-19 dan mereka ingin hidup normal, tidak mudah dijangkiti penyakit,” ujarnya.

Walaupun kita bakal menerima vaksin tersebut di Malaysia, tetapi tidak bermakna kita sudah selesai perangai pandemik ini. Sebagai langkah untuk masa depan yang lebih selamat, sama-samalah kita menjaga kebersihan dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

 

Baca juga:

Pentas Muzik-Muzik 35 Ditunda Sebab Alif Satar Positif COVID-19

Pembunuh Bersiri Britain ‘Yorkshire Ripper’ Akui Ketagih Membunuh, Akhirnya Tewas ‘Ditangan’ COVID-19

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Adinna


Previous post

rol

Sukan

Media Sepanyol Ini Dedahkan Kelab Dari Malaysia Buru Khidmat Diego Rolan

Kelibat bekas rakan sepasukan Edinson Cavani dalam skuad kebangsaan Uruguay iaitu Diego Rolan mungkin dapat disaksikan dalam saingan Liga Malaysia musim depan apabila juara Liga Super 7 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu. Menurut laporan daripada ElDesmarque, Rolan yang kini beraksi dalam saingan La Liga 2 bersama kelab Deportivo de La Coruna dijangka akan menyertai JDT pada bulan januari tahun depan jika segala proses […]

today30 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *