Sebelum ini, Jepun telah mengumumkan bahawa rakyatnya akan menerima vaksin secara percuma. Kini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada sebarang caj dikenakan kepada rakyat Malaysia dan suntikan vaksin tersebut boleh diambil secara percuma jika ia diambil di hospital dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Untuk rakyat kita, di bawah Perintah Fi Perubatan 1982, secara dasarnya sudah tentu ia akan diberikan secara percuma, tiada caj suntikan vaksin dikenakan kepada rakyat Malaysia.
“Mereka yang datang ke hospital di bawah KKM terutamanya sekarang, waktu pandemik, kita di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Namun, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan vaksin itu dan ia hanya akan diberikan kepada mereka yang bersetuju untuk mengambilnya secara sukarela terutama golongan berisiko dan mudah menghidapi penyakit.
Menurutnya, setakat ini hanya mereka yang bersetuju, menandatangani persetujuan secara bertulis dengan sukarela akan disuntik vaksin tersebut.
“Tiada paksaan tapi sebaik mungkin bagi mereka yang dianggap kumpulan yang agak mudah menghadapi masalah penyakit dan sebagainya, adalah amat wajar mereka bersedia untuk diberikan vaksin yang saya sebutkan tadi.
“Ini adalah untuk menentukan kita dapat mengawal wabak ini di sini. Saya yakin tahap penerimaan dalam kalangan orang ramai adalah tinggi.
“Saya dengar di luar sana banyak pihak menunggu untuk mereka diberikan suntikan atau imunisasi vaksin COVID-19 dan mereka ingin hidup normal, tidak mudah dijangkiti penyakit,” ujarnya.
Walaupun kita bakal menerima vaksin tersebut di Malaysia, tetapi tidak bermakna kita sudah selesai perangai pandemik ini. Sebagai langkah untuk masa depan yang lebih selamat, sama-samalah kita menjaga kebersihan dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Baca juga:
Pentas Muzik-Muzik 35 Ditunda Sebab Alif Satar Positif COVID-19
Sumber: Harian Metro
Post comments (0)