Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Konon Nak Rawat, Tapi ‘Ustaz’ Cabul Pesakit

today9 December 2020

Background

Seorang pengamal perubatan Islam bergelar ‘ustaz’ ditahan selepas disyaki mencabul seorang pesakit ketika mendapatkan rawatan di Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, suspek  berusia 52 tahun itu  direman dan  Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan perintah reman suspek yang digelar ustaz itu disambung bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

PERINTAH tahanan reman seorang pengamal perubatan alternatif yang dipercayai mencabul pesakitnya ketika mendapatkan rawatan di Hulu Terengganu dilanjutkan selama dua hari lagi sehingga Jumaat ini. FOTO Ghazali Kori
Sumber: harianmetro

“Semasa rawatan suspek memberitahu mangsa terkena buatan orang dan meminta izin menyentuhnya, namun bertindak memegang payudara serta kemaluan wanita itu.

Suspek turut mencekik leher mangsa dan selepas selesai rawatan dia memaklumkan akan ke kediaman mangsa untuk melihat keadaan rumah bagi proses rawatan,” terang Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud pada pihak media.

Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang pada Sabtu lalu di sekitar daerah Hulu Terengganu.

Lebih mengejutkan lagi semalam, seorang lagi wanita berusia 25 tahun tampil membuat laporan polis yang mendakwa dia dan adiknya dicabul suspek ketika mendapatkan rawatan pada 2018.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lagi Mangsa Pendakwah Selebriti Tampil Buat Laporan

Disyaki Merogol, Pendakwah Muda Terkenal Ditahan

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro , BH

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

world cup qatar

Sukan

Qatar Dijemput Sertai Kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Eropah, Diletakkan Satu Kumpulan Dengan Portugal

Juara Piala Asia 2019 dan juga tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar akan beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 zon eropah (UEFA) dan bakal diletakkan dalam salah satu kumpulan yang terdiri daripada lima pasukan. Ia juga merupakan peluang terbaik untuk Qatar membuat persiapan awal menjelang kejohanan bola sepak terbesar dunia yang akan berlangsung pada November dan Disember 2022. Menurut laporan Independent, Qatar akan diletakkan dalam kumpulan A bersama Ireland, […]

today9 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *