Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Warga Emas Denda RM1,000 Kerana Baca Surat Khabar Di Taman

today12 December 2020

Background

Awal bulan lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan laporan kepada pihak media bahawa kadar ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) direkodkan masih berada pada tahap tinggi.

Menurutnya, kebanyakan kesalahan adalah tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Begitulah yang dialami oleh salah seorang warga emas, Lee yang menerima nasib malang apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika membaca surat khabar secara berseorangan di taman awam.

Sumber: mg

Bagaimanapun, dia mengaku melakukan kesilapan dan bersedia bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Dia juga berharap denda yang dikenakan dapat dikurangkan atau memberi kelonggaran pada dirinya untuk melunaskan bayaran secara ansuran bulanan.

Namun, pihak polis tidak menerima rayuan tersebut malah meminta Lee untuk membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Klang.

Dalam pada masa sama, salah seorang pengguna twitter yang ingin dikenali @mufarwarfarid melontarkan pandangannya menerusi ciapan twitter dimana kompaun terhadap warga emas tersebut tidak sepatutnya dikenakan.

No photo description available.

Pihak berkuasa hanya bertindak mengikut apa yang telah ditetapkan pihak kerajaan. Semoga kejadian ini memberi iktibar bagi kita semua.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hanya Berlegar-Legar, Warga Emas Dapat 70K Sehari Dari Ihsan Orang

Patut Tak Lesen Kenderaan Warga Emas Diberi Perhatian?

 

 

 

 

Sumber: mg

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

AgroBazaar Online Kini Tawar ‘Harga Runtuh’ Sempena 12.12, Rugi Kalau Tak Grab Sekarang!

Bermula dari produk makanan, bahan bacaan, kelengkapan rumah, fesyen dan sebagainya, ia cukup mudah didapati oleh pengguna.Begitupun, tahukah anda? Pelbagai barangan segar dan lokal boleh didapati mudah hanya di AgroBazaar Online.Bazar dalam talian kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), AgroBazaar Online kini menjadi normal baharu masyarakat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara pada Mac lalu.AgroBazaar Online ini juga merupakan satu program... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today12 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *