Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Jangan Normalisasi Lawak Lucah, Billboard ‘Haram’ Dirobohkan

today19 December 2020

Background

Sesetengah orang menggunakan cara mudah untuk mendapatkan perhatian ramai terutama dalam mempromosikan produk barangan yang ingin dijual. Bak kata orang putih tu apa? ‘Any publicity is a good publicity?’

Mungkin disebabkan pemikiran ini, mereka sanggup bertindak agresif dengan menjadikan lawak berunsurkan lucah sebagai tarikan.

Viral di media sosial baru-baru ini apabila penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan papan iklan melampau berunsur lucah yang ditayangkan di tepi lebuhraya. Papan iklan itu menjual produk mandian namun menggunakan illustrasi seolah-olah membawa maksud ‘onani’.

Onani/masturbation disinonimkan juga dengan perkataan menyabun/toceng/melancap. Kelucahan dinormalisasikan bukan sahaja dalam media sosial, bahkan di tepi-tepi jalan. Hairan bagaimana iklan billboard seperti ini boleh diluluskan. Apa agaknya yang ada dalam fikiran founder produk ini ya. Nak jual sabun jual lah. Tak perlu gunakan ayat double meaning begini.

Onani/masturbation disinonimkan juga dengan perkataan menyabun/toceng/melancap. Kelucahan dinormalisasikan bukan sahaja…

Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Monday, December 14, 2020

 

Tak cukup dengan itu, ada pula jenama yang menggunakan perkataan lucah menggambarkan seakan-akan ‘payu dara’. Walaupun ejaannya berbeza namun cara sebut adalah sama. Perkara ini boleh memberi pengajaran tidak baik untuk masyarakat, lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Terima kasih Majlis Perbandaran Selayang. Ini bukan satu kemenangan, tapi satu permulaan. Ingat, saya tak bicarakan bab produk overclaimed, ada atau tidak kelulusan naikkan billboard di tepi-tepi jalan. Itu biarlah pihak yang berautoriti jalankan tugasnya.

Yang saya ketengahkan adalah melawan sebarang normalisasi kelucahan yang terdapat di dunia nyata mahupun media sosial setakat yang termampu.

Terima kasih Majlis Perbandaran Selayang. Ini bukan satu kemenangan, tapi satu permulaan.

Ingat, saya tak bicarakan…

Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Wednesday, December 16, 2020

 

Ramai juga bersetuju dengan pendapat beliau. Mungkin ada yang memandang enteng hal ini, namun percayalah ia mampu  memberi kesan buruk kepada anak-anak kecil yang akan tersalah tafsir.

 

 

Baca juga:

Sakinah Bakal Tamat Zaman Janda, Akui Akan Bernikah Dengan ‘Mat Saleh’ Mei 2021

Isteri Irwansyah Kerap Minta Cerai Dalam 10 Tahun Perkahwinan

 

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Ainaa


Previous post

Buletin

Hebat! Penjara Jelebu pasarkan 8 tan keli sebulan

Jelebu: Penjara tidak lagi hanya lokasi mengurung banduan malah kini berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penternakan ikan air tawar skala besar. Terbaru Penjara Jelebu di sini, dinobatkan sebagai johan Anugerah Kecemerlangan Bengkel Akaun Amanah Sektor Penternakan Peringkat Jabatan Penjara Malaysia, sekali gus menjadi contoh kepada pengusaha yang baru menceburi bidang akuakultur. Pegawai Perikanan Daerah Jelebu, Mohd Azhar Jusoh berkata, pihak Penjara Jelebu sentiasa menjadikan Jabatan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *