Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kejam! Seorang Wanita Melepaskan Geram Pukul Kucing Bunting Sehingga Mati

today31 December 2020

Background

Tergamak memukul seekor kucing yang sedang bunting menggunakan besi hanya disebabkan beberapa ekor kucing dipercayai membuang najis di hadapan rumahnya. Itulah tindakan kejam yang dilakukan seorang wanita sehingga menyebabkan salah seekor daripadanya mati.

Menurut laporan, wanita tersebut melakukan perbuatan tersebut disebabkan geram dengan kucing-kucing yang sering membuang najis dihadapan rumahnya.  Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.20 petang semalam di kawasan bawah sebuah pangsapuri di Seberang Jaya, di Bukit Mertajam.

Katanya, ketika kejadian, seorang saksi yang juga pengadu dikatakan melihat wanita berusia 51 tahun itu memukul dua ekor kucing yang sedang diberi makan.  Akibat kejadian itu, salah seekor kucing tersebut yang dalam keadaan bunting mati manakala seekor lagi iaitu anak kucing luka di bahagian mulut.

KES PUKUL KUCING MENGANDUNG GUNA BESI HINGGA MATI..
SEKOQ LAGI PARAH

FLAT KALUI SEBERANG JAYA

PELAKU DI KENAL…

Posted by Sheikh Al Arjan on Tuesday, December 29, 2020

Menerusi siasatan awal terhadap suspek yang bekerja sebagai seorang broker itu mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Bagaimanapun, kertas siasatan mengenai kes itu telah dibuka oleh Pegawai Penyiasat Veterinar, Azhar Ahmad di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sebagai seorang manusia dan dalam mana-mana agama sekali pun, perkara ini semestinya adalah satu perbuatan yang dilarang keras. Mereka yang menganiaya haiwan adalah berdosa kerana semua haiwan harus dikasihi, melainkan ia mendatangkan bahaya kepada kita. 

Baca juga artikel menarik lain:

Mick ‘Crocodile Dundee’ Pemburu Buaya Sebenar

Syed Saddiq Tunai Janji Botak Kepala, Hasil Sumbangan Bakal Beri Manfaat Kepada Anak² Muar

 

 

 

 

Sumber daripada: Utusan Malaysia

Written by: Hamka Rosli


Previous post

thomas-muller-bayern-munich_3327746

Sukan

Bintang Bayern Munich, Thomas Muller Jual Sperma Kuda Untuk Jadi Jutawan

Penyerang skuad kebangsaan Jerman dan Bayern Munich, Thomas Muller kini mempunyai bisnes baharu untuk mencari pendapatan sampingan. Beliau merancang untuk jadi jutawan dengan menjual sperma kuda bersama isterinya, Lisa Trede. Pasangan ini merupakan pecinta kuda. Malah, Lisa juga merupakan seorang penunggang kuda berstatus semi profesional dan juara sukan berkuda dressage. Mereka turut memiliki kandang kuda sendiri yang bernama Gut Wettlkam. Sebagai resolusi untuk menghadapi ekonomi yang... Klik untuk baca artikel […]

today31 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *