Bila dah masuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ni, maksudnya memang negara kita amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk mengurangkan kes kebolehjangkitan dalam masyarakat. Memang bahaya wabak COVID-19 ni yang dikatakan mampu melumpuhkan institusi kesihatan awam sekiranya dibiarkan terus merebak.
Masih ada yang berdegil ke untuk tidak stay at home dan keluar rumah walaupun tiada keperluan? Rasanya kali ni kita betul-betul kena berkorban buat kali kedua demi memutuskan rantaian kebolehjangkitan COVID-19. Tapi kalau ada anak-anak yang degil tak nak duduk rumah macam mana?

Seorang bapa di Filipina menemui cara paling berkesan untuk memaksa anaknya duduk di rumah di kala wabak COVID-19 sedang merebak di seluruh dunia. Memang sukar juga nak minta anak-anak kita yang pada setiap petang sudah terbiasa bermain di luar rumah pada waktu petang untuk duduk di rumah sahaja. Jadi apa yang bapa ini lakukan adalah dengan membotakkan bahagian tengah kepala anak lelakinya.
Botak Tengah Biar Malu Nak Jumpa Orang
Menurutnya, biar anaknya malu untuk berjumpa dengan orang dan tidak curi-curi keluar rumah. Cara ini dilakukan bapa tersebut pada tahun lepas semasa awal penularan wabak tersebut. Dikatakan anak lelakinya berdegil untuk tidak duduk di rumah. Jadi, bapanya terpaksa memikirkan cara yang paling kreatif untuk membuatkan anaknya tidak keluar rumah lagi. Mungkin cara memarahi tidak lagi berkesan, maka bahagian tengah rambut kanak-kanak tersebut dipotong.

Mungkin anda juga boleh melakukan cara yang sama kalau ada anak-anak yang degil tak nak duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ni. Namun cara ini bukanlah pertama kali digunakan untuk mengawal tingkah laku anak-anak. Pada tahun 2015 juga cara ini pernah digunakan oleh seorang tukang gunting rambut yang memotong bahagian tengah rambut seorang budak lelaki yang nakal. Menurut tukang gunting rambut tersebut, ia adalah cara yang tidak merbahaya untuk mendisiplinkan kanak-kanak nakal.
Baca juga artikel menarik lain:
Didakwa Sekali Lagi, Ustaz Budak Berdepan Dengan Lapan Pertuduhan Seksual Kanak-Kanak
Robert Johnson – Terlalu Berbakat Sehingga Dikaitkan Dengan Syaitan?
Sumber daripada: Oddity Central
Post comments (0)