Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Biar Malu Jumpa Orang” – Bapa Sengaja Botakkan Bahagian Tengah Kepala Anak

today15 January 2021

Background

Bila dah masuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ni, maksudnya memang negara kita amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk mengurangkan kes kebolehjangkitan dalam masyarakat. Memang bahaya wabak COVID-19 ni yang dikatakan mampu melumpuhkan institusi kesihatan awam sekiranya dibiarkan terus merebak. 

Masih ada yang berdegil ke untuk tidak stay at home dan keluar rumah walaupun tiada keperluan? Rasanya kali ni kita betul-betul kena berkorban buat kali kedua demi memutuskan rantaian kebolehjangkitan COVID-19. Tapi kalau ada anak-anak yang degil tak nak duduk rumah macam mana?

Image via:https://www.odditycentral.com/

Seorang bapa di Filipina menemui cara paling berkesan untuk memaksa anaknya duduk di rumah di kala wabak COVID-19 sedang merebak di seluruh dunia. Memang sukar juga nak minta anak-anak kita yang pada setiap petang sudah terbiasa bermain di luar rumah pada waktu petang untuk duduk di rumah sahaja. Jadi apa yang bapa ini lakukan adalah dengan membotakkan bahagian tengah kepala anak lelakinya.

Botak Tengah Biar Malu Nak Jumpa Orang

Menurutnya, biar anaknya malu untuk berjumpa dengan orang dan tidak curi-curi keluar rumah. Cara ini dilakukan bapa tersebut pada tahun lepas semasa awal penularan wabak tersebut. Dikatakan anak lelakinya berdegil untuk tidak duduk di rumah. Jadi, bapanya terpaksa memikirkan cara yang paling kreatif untuk membuatkan anaknya tidak keluar rumah lagi. Mungkin cara memarahi tidak lagi berkesan, maka bahagian tengah rambut kanak-kanak tersebut dipotong.

Image via:https://www.odditycentral.com/

Mungkin anda juga boleh melakukan cara yang sama kalau ada anak-anak yang degil tak nak duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ni. Namun cara ini bukanlah pertama kali digunakan untuk mengawal tingkah laku anak-anak. Pada tahun 2015 juga cara ini pernah digunakan oleh seorang tukang gunting rambut yang memotong bahagian tengah rambut seorang budak lelaki yang nakal. Menurut tukang gunting rambut tersebut, ia adalah cara yang tidak merbahaya untuk mendisiplinkan kanak-kanak nakal. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Didakwa Sekali Lagi, Ustaz Budak Berdepan Dengan Lapan Pertuduhan Seksual Kanak-Kanak

Robert Johnson – Terlalu Berbakat Sehingga Dikaitkan Dengan Syaitan?

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Oddity Central

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Marco Ragini

Sukan

Marco Ragini Dilantik Sebagai Pengendali Baharu TRW Kelantan FC

Pengendali dari Itali, Marco Ragini sah dilantik sebagai pengendali baharu TRW Kelantan FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Ragini tiba di Kota Bharu pada semalam dan beliau tidak membuang masa dengan langsung bertemu staf kejurulatihan yang lain. 12,000 KM PERJALANAN BUKAN UNTUK BERCUTI.Itu yang diucapkan oleh Ketua Jurulatih TRW Kelantan FC dalam taklimat… Posted by […]

today15 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *