Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Hantar Barang Hancur! Syarikat Perkhidmatan Kurier Ini Dikecam Teruk!

today27 January 2021

Background

Baru-baru ini tular dengan isu sebuah syarikat perkhidmatan kurier dan penghantaran barang, J&T Express di mana mereka dikatakan telah mengubah sistem pembayaran komisyen yang kini menjadi berat sebelah.

Difahamkan lagi, jika staf bahagian penghantar barang tidak menghantar barang lebih 1200 parcel, syarikat tersebut akan menolak elaun komisen mereka dan sistem ini akan dilaksanakan bermula bulan Januari ini.

No photo description available.No photo description available.

Susulan daripada itu, semalam tular sebuah rakaman video dimuat naik menerusi ciapan twitter menunjukkan barang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut dalam keadaan hancur dan langsung tidak boleh digunakan lagi.

Malah, menurut penerangan menerusi video itu lagi, pekerja penghantaran syarikat J&T Express membuat perangai kerana pihak atasan sudah mula menolak komisen mereka hampir RM1,000.

Menjengah ruangan komen pada posting tersebut, rata-rata netizen meletakkan kesalahan kepada peniaga dan bukan syarikat perkhidmatan kurier tersebut.

Ini kerana, peniaga tidak menggunakan bungkusan yang baik ketika proses penghantaran sehingga menyebabkan kesemua pembelian pelanggan hancur dan rosak teruk.

Malah, ada juga yang meletakkan gambar contoh bungkusan selamat yang dikhaskan untuk menghantar barang yang mudah rosak atau pecah.

May be a Twitter screenshot of text that says "rose @itsrianarose 20h Replying to @iamajayrahman Salah kan seller ini, mana ada makanan atau minuman bungkusan macam itu. Sepatutnya letak dalam kotak 3 692 3K 1 sem @_mandan17 19h Yup supposedly double box, alahai murah je kotak tu; apo lah seller ni. 55 774 .crimebites cookies granolads @yshudalin 19h Yep, carton mmg lembik.. kalau order byk camni, pikir la sikit double la wrap tu tak pun pakai inflatable air senang sikit aduhai seller pun 2 16 180"No photo description available.

No photo description available.

Tidak kira salah siapa, kami harap agar perkara dapat menyelesaikan isu ini dengan baik supaya dapat menguntungkan semua pihak.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Pin pin! Baby Awak Dah Sampai..” – Kisah Bayi Di Hantar Melalui Pesanan Pos

Wanita Dakwa KKM Jadi Punca Dirinya Terdedah Wabak  Positif COVID-19

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

FAM

Sukan

Malaysia Mohon Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Ditunda Ke Bulan Jun

Pasukan kebangsaan dikhabarkan memohon untuk menunda perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sepatutnya berlangsung pada Mac ini untuk dilangsungkan pada bulan Jun. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam dimana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah menghantar permohonan rasmi mengenai penundaan tersebut kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada semalam. Semua pasukan termasuk Malaysia kecuali... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today27 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *