Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Lelaki Dijangkiti COVID-19 Berdepan Risiko Masalah Mati Pucuk? Ini Penjelasan Pakar…

today1 February 2021

Background

Satu berita yang agak menyeramkan buat kaum lelaki sekiranya ianya berlaku. Dengan peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin meluas di negara kita pada waktu kini, ditambah lagi dengan penemuan terbaharu ini, tentu membuatkan para lelaki tak senang duduk. Betul ataupun tidak tentang perkara ini, kita perlu dapatkan penjelasan secara klinikal terlebih dahulu.

Image via:https://health.clevelandclinic.org/

Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Rome Tor Vergata di Rom, Itali, menunjukkan bahawa terdapat kes di mana bekas pesakit lelaki COVID-19 berhadapan dengan sindrom mati pucuk (ED). Kajian yang dilakukan Prof. Emmanuele Jannini dan rakan sejawatnya itu diterbitkan dalam Jurnal Penyiasatan Endokrinologikal, yang mana ia menggariskan tiga punca masalah tersebut berlaku.

Tiga Punca Masalah ED Terhadap Pesakit COVID-19

Sindrom mati pucuk ini dikatakan tidak menyerang lelaki secara umumnya. Ia berlaku berdasarkan tiga punca, iaitu masalah kesihatan secara umum, isu psikologikal dan kardio. Menurut pakar urologi dari Amerika Syarikat (AS), Dr. Judson Brandeis, sindrom ED berpunca daripada tekanan terhadap aliran darah, yang bermula di jantung, bergerak menerusi arteri besar dan mengalir menerusi salur darah kecil.

Image via:https://www.yahoo.com/

Bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti diabetes, kadar kolesterol juga tinggi dan dalam masa yang sama merokok akan menyebabkan kerosakan pada salur darah. Hal ini akan menyebabkan berlakunya ED, dan kehadiran COVID-19 akan menggandakan risikonya. Mengulas lanjut, virus COVID-19 menukar sel dalam badan seseorang dan menggandakan bilangannya, sebelum ia merebak ke seluruh tubuh.

Disebabkan tubuh badan kita belum pernah berhadapan dengan virus sedemikian, maka ia tidak mampu menghasilkan antibodi bagi tujuan pertahanan. Akibatnya, tubuh cuba menyerang virus itu secara rawak, sekali gus menghasilkan kerosakan terutamanya pada endotelium, iaitu lapisan sel lembut pada salur darah kita. Hal ini mengakibatkan salur darah mengecil dan membataskan aliran darah, seterusnya menyebabkan ED berlaku.

Image via:https://www.spokesman.com/

Kesan psikologi pula adalah kerana aktiviti seksual berkait rapat dengan kesihatan mental. Apabila kita menghadapi tekanan, berasa gelisah dan kemurungan disebabkan virus COVID-19 dan pandemik yang sedang melanda, maka ia secara tak langsung akan mengganggu fungsi seksual dan memberikan mood yang tidak baik. Itu antara penjelasan secara klinikal.

Apa-apa pun, sekiranya anda tidak mempunyai masalah kesihatan, tidak bermakna anda terhindar daripada risiko sindrom mati pucuk. Tapi risiko anda lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain. Apa yang penting sekarang, sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup norma baharu agar terhindar daripada wabak COVID-19.

Baca juga artikel menarik lain:

Hampir Sedekad Diburu, Raja Dadah Asia ‘El Chapo’ Akhirnya Tumpas

Selamat Ke Guna Pisau Cukur Berkali-Kali? Ini Cara Bercukur Yang Betul Untuk Elak Kulit Rosak

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *