Sebelum ini pernah kecoh apabila pihak berkuasa mengeluarkan saman kepada seorang wanita kerana tidak memakai sarung tangan ketika berada di premis pasaraya walaupun pemakaian sarung tangan bukan perkara wajib.
Kini, lain pula cerita apabila seorang lelaki disaman kerana gagal memakai pelitup muka ketika sibuk menyalai daging di dapur. Perkongsian ini dibuat menerusi laman ciapan twitter, @JIBbara_.
Menurutnya, dia bersendirian di dapur sedang salai daging yang mempunyai banyak asap. Jika memakai pelitup muka, boleh mengakibatkan kematian kerana kesukaran bernafas.

Dalam bebenang ciapan tersebut, dia menambah polis tersebut memghubungi rakan sekerjanya sambil gelak tawa kerana berjaya mengeluarkan saman kepada dirinya.
Apa menjadi persoalan, adalah dia benar-benar bersalah atau tindakan ini semata untuk memenuhkan quota harian pihak polis supaya dinaikkan pangkat dengan cepat?

Seperti biasa, warganet yang bersimpati mula tampil bersuara. Rata-rata mengatakan dirinya tidak bersalah kerana pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang bekerja di ruang premis secara bersendirian tidak perlu memakai pelitup muka.
Malah, ada juga yang berkongsi kisah yang sama dan memberi kenyataan pihak polis sememangnya mempunyai KPI buku kompaun untuk dihabiskan.




Apa pun, jika anda yakin berada di pihak yang betul, kemukakan di mahkamah. Elakkan berdiam.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Simon Elissetche Saman Kuala Lumpur United RM3.5 Juta
Polis Saman Individu Tak Pakai Gloves, Ini Jawapan Ismail Sabri
Sumber: twitter
Post comments (0)