Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kesian Dia, Tak Baik…” – Remaja Merayu Dilepaskan Kerana Dicekup Ketika Berdating

today2 February 2021

Background

Semalam tular dengan sebuah rakaman video yang menunjukkan tiga orang remaja ditahan pihak berkuasa di sebuah pondok kecil di kawasan Pantai Merdeka kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Remaja tersebut terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan belasan tahun. Apa yang menarik perhatian kami apabila ramai netizen memberi respon mengasihani remaja perempuan tersebut.

Menerusi video tular tersebut, remaja perempuan merayu-rayu sambil menghentak-hentak kaki di hadapan pihak berkuasa untuk minta dilepaskan supaya tidak dibawa ke balai.

Malah, dia turut berjanji akan terus pulang ke rumahnya di Kulim serta tidak akan mengulangi perbuatan ini.

https://twitter.com/khairulazizi75/status/1356164378568007682

Menjengah ruangan komen posting tersebut, warganet ada membuat perkongsian detik-detik sebelum mereka dicekup oleh pihak bekuasa. Bukan main sweet lagi!

Dalam pada masa sama, ada segelintir netizen meminta video tersebut dipadam atas sebab menjaga maruah keluarga dan remaja perempuan tersebut untuk menanggung malu.

May be a Twitter screenshot of 2 people

May be a Twitter screenshot of one or more people and text that says "azminuddinhakim @hakimmohammad_ 9h Replying to @khairulazizi75 walaupun dia quat salah, aku rasa kesian. t 21 248"

May be a Twitter screenshot of text that says "naufal @naufalhmdd 4h Replying to @khairulazizi75 kelakar, tapi tak perlu buat macam ni. kesian dia, mental dia tak kuat nak hadap semua tu sebab tu dia jadi macam tu. even salah pun, tak perlu la viral macam ni. nanti dia hadap orang lain lagi kesian weyh 1 3 25 Eryaanna Kenersson.. @asxyana 2h ye dohh..banyak giler org kutuk dia..hina warna kulit pon ada..memanglah salah dia..tapi janganlah buat mcm tuuu..kesian werr 7"

May be a Twitter screenshot of text that says "yanaa @ynashm20 2h Replying to @khairulazizi75 aku tkrasa bnda ni lawak. sumpah tklawak. mohon delete laa. kesian mental bdk tu. entah2 lps kena viral ni kena kecam ngn member. tk termasuk kema marah ngn parents lgi. murung plk bdk ni nnt. fikir kesihatan mental org sama. 2 2 12"

Waktu covid masih belum pulih, sebaiknya elakkanlah keluar jika tiada urusan penting. Nak berjumpa kawan jauh, boleh je. Video call kan ada!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

McDonald’s Nak Belanja Anda ‘Dating’ Bersama Finalis AJL 35. Mudah Saja Ini Caranya!

Guru ‘Kanibal’; Umpan Mangsa Melalui Portal ‘Online Dating’ Sebelum Bunuh Dan Makan Dagingnya!

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Pemain tak dapat gaji, penyokong yang merusuh

Algiers: Penyokong kelab MC Alger yang beraksi di divisyen satu Algeria menyerbu ibupejabat pemilik pasukan, syarikat minyak Sonatrach selepas jurulatih mendedahkan pemain tidak dibayar gaji punca keputusan buruk perlawanan sejak akhir-akhir ini. Beberapa video dalam media sosial menunjukkan hampir seratus penyokong merosakkan pagar pejabat dan memecahkan pintu selain membaling suar ke dalam lobi, menurut laporan media negara itu. Selepas juara tujuh kali Algeria itu seri di tempat sendiri... Klik untuk […]

today2 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *