Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Melawak Tak Bertempat! Suami Hack Akaun FB Isteri & Dedah Aib Isu Dalam Selimut

today5 February 2021

Background

Dalam keadaan yang sukar ini, pelbagai isu yang tidak terjangka dek akal berlaku. Misalnya, kes penceraian semakin meningkat, pernikahan yang terpaksa dilakukan melalui atas talian, apa-apa jenis majlis tidak boleh dijalankan dan bermacam-macam lagi.

Lebih teruk lagi, apabila seorang pengguna Facebook meluahkan tentang isu dalam kain rumah tangganya secara umum ketika Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari.

Image

Selepas komen tersebut tular, timbul satu kenyataan lain pula yang mengatakan penulisan tersebut adalah bukan  darinya tapi dari suaminya yang menggunakan akaun fb milik isterinya.

Walaupun pada awalnya niat hanya untuk bergurau tapi bayangkan aib akaun wanita tersebut telah tersebar ke merata platform sehinggakan ada yang meletakkan kapsyen lucah.

No photo description available.

Malangnya, si isteri terpaksa menanggung malu kerana komen tersebut sudah pun tular di media sosial. Malah, ramai yang datang ke laman profil si isteri semata-mata untuk stalk dan mengutuk.

Kini, menurut adik kepada wanita tersebut, kesihatan emosinya terganggu disebabkan sudah banyak page facebook mengata dirinya tentang isu ini sehinggakan dia terpaksa memadam akaun miliknya.

Image

Image

Berhati-hatilah menggunakan medium media sosial. Jangan sampai memakan diri! Semoga perkara ini dapat memberi kita pengajaran.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Saya Sihat, Kenapa Kamu Takut?” – Nak Teman Suami Tapi Enggan Ikut Polisi Hospital

Kesihatan Mental Bergantung Pada Kualiti Tidur

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Ibu Ini Kongsi Kisah Perjalanan Bakal Bersalin Di United Kingdom, Setiap Bayi Akan Dapat ‘BabyBox’!

Perjalanan dan proses bersalin sememangnya adalah momen indah buat si ibu. Dari membuat pemeriksaan, penjagaan kesihatan, membeli kelengkapan ibu dan anak sehinggalah proses di hospital, pastinya mempunyai pengalaman yang berbeza. Namun, ramai juga dalam kalangan rakyat Malaysia yang tinggal dan melahirkan bayi di luar negara. Ternyata, setiap negara mempunyai prosedur yang berbeza dalam soal bersalin begitu juga negara... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *