Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Remaja Lelaki 13 Tahun Ditahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

today9 February 2021

Background
Kereta bapa remaja mabuk

Di Malaysia, lesen memandu boleh di ambil oleh mereka yang berumur 17 tahun ke atas. Jika remaja di bawah umur ditangkap memandu tanpa lesen, dia akan disaman mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah umur dan pemilik kenderaan juga akan disaman mengikut seksyen sama selepas remaja tersebut memandu tanpa lesen.

Seorang remaja berusia 13 tahun di London telah ditahan pihak polis kerana memandu tanpa lesen selepas dia melanggar lampu jalan menggunakan kereta bapanya dalam keadaan mabuk awal. Difahamkan, remaja tersebut tidak memiliki lesen kenderaan dan dikatakan memandu kereta bapanya sebelum terbabas di Gosport, Hampshire.

Kereta bapa remaja mabuk

Semasa kejadian, remaja itu telah diminta untuk melakukan ujian pernafasan dan didapati dia gagal. Dia kemudiannya mengamuk dan terus meludah pegawai polis yang bertugas ketika itu. Menurut laporan, jika dia didapati bersalah, dia bakal menjadi pemandu mabuk termuda di Britain.

Kisahnya mula tular apabila polis tempatan berkongsi berita itu di laman Twitter milik mereka dengan kapsyen:

“Selamat pagi dari Fareham E shift. Satu lagi hari yang sibuk buat pasukan. Lelaki 13 tahun ditahan memandu kereta bapanya pagi tadi!”

Terduhulu, seorang lagi remaja berusia 13 tahun juga didapati memandu hampir dua kali ganda melebihi had kelajuan dibenarkan menggunakan Ford Mondeo di Salfard, Greater Manchester. Remaja tersebut telah ditahan selama empat bulan di pusat tahanan selepas mengaku memandu tanpa membuka lampu di jalan bertentangan pada kelajuan 112 kilometer sejam di bandar itu malah dia hampir tidak dapat melihat melepasi stereng kereta.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kerana Cemburu Dengan Markah Cemerlang, Tiga Remaja Sanggup Racun Rakan Sekelas Sehingga Maut

“Kesian Dia, Tak Baik…” – Remaja Merayu Dilepaskan Kerana Dicekup Ketika Berdating

 

 

Sumber: Kosmo Online

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Budak Lelaki Ini Baca ‘Nota’ Jambangan Coklat Daripada Ibunya

Menerusi video yang berdurasi kurang dari seminit itu, kanak-kanak lelaki tersebut pada mulanya menerima jambangan coklat daripada seorang surprise planner.Dia kemudian diminta untuk membaca nota pada kad dalam jambangan coklat itu dan apa yang membuatkan ramai sebak apabila nada suaranya bertukar sebaik saja dia membaca ayat terakhir dalam kad tersebut."Mama rindu Imran, belajar rajin-rajin ya. Nanti mama cuti mama balik. Mama minta maaf sebab tinggalkan..." katanya.Kanak-kanak... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today9 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *