Di Malaysia, lesen memandu boleh di ambil oleh mereka yang berumur 17 tahun ke atas. Jika remaja di bawah umur ditangkap memandu tanpa lesen, dia akan disaman mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah umur dan pemilik kenderaan juga akan disaman mengikut seksyen sama selepas remaja tersebut memandu tanpa lesen.
Seorang remaja berusia 13 tahun di London telah ditahan pihak polis kerana memandu tanpa lesen selepas dia melanggar lampu jalan menggunakan kereta bapanya dalam keadaan mabuk awal. Difahamkan, remaja tersebut tidak memiliki lesen kenderaan dan dikatakan memandu kereta bapanya sebelum terbabas di Gosport, Hampshire.

Semasa kejadian, remaja itu telah diminta untuk melakukan ujian pernafasan dan didapati dia gagal. Dia kemudiannya mengamuk dan terus meludah pegawai polis yang bertugas ketika itu. Menurut laporan, jika dia didapati bersalah, dia bakal menjadi pemandu mabuk termuda di Britain.
Kisahnya mula tular apabila polis tempatan berkongsi berita itu di laman Twitter milik mereka dengan kapsyen:
“Selamat pagi dari Fareham E shift. Satu lagi hari yang sibuk buat pasukan. Lelaki 13 tahun ditahan memandu kereta bapanya pagi tadi!”
Terduhulu, seorang lagi remaja berusia 13 tahun juga didapati memandu hampir dua kali ganda melebihi had kelajuan dibenarkan menggunakan Ford Mondeo di Salfard, Greater Manchester. Remaja tersebut telah ditahan selama empat bulan di pusat tahanan selepas mengaku memandu tanpa membuka lampu di jalan bertentangan pada kelajuan 112 kilometer sejam di bandar itu malah dia hampir tidak dapat melihat melepasi stereng kereta.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Kerana Cemburu Dengan Markah Cemerlang, Tiga Remaja Sanggup Racun Rakan Sekelas Sehingga Maut
“Kesian Dia, Tak Baik…” – Remaja Merayu Dilepaskan Kerana Dicekup Ketika Berdating
Sumber: Kosmo Online
Post comments (0)