Memang sudah menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak membesar dengan sihat dan juga penuh dengan ilmu di dada. Pelbagai cara juga dilakukan agar anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik seawal usia tiga tahun lagi. Itulah juga apa yang dilakukan oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar apabila memaklumkan bahawa anak kembarnya, Adam dan juga Noah baru sahaja memulakan kelas mengaji Iqra.
View this post on Instagram
Meskipun baru berusia 3 tahun, kedua-dua anaknya itu tetap bersemangat mengikuti kelas mengaji tersebut. Melalui perkongsian itu, Sheikh Muszaphar juga memberitahu bahawa anak-anaknya itu menggunakan kaedah Baghdadi dalam pembelajaran membaca Al-Quran kerana terbukti keberkesanannya.
Dalam masa yang sama, beliau turut mensasarkan untuk anak kembarnya itu khatam Al-Quran seawal usia 6 tahu, seperti mana kakak-kakaknya dahulu habis mengaji dalam usia tersebut.
“Sasarannya adalah untuk mereka khatam ketika usia 6 tahun, sama seperti kakak mereka Bella dan Tasha,” ujar Sheikh Muszaphar dalam hantaran tersebut.
Beliau turut akui bahawa anak kembarnya itu amat dahagakan ilmu dan sering menunjukkan rasa seronok ketika mempelajari sesuatu. “Seronok belajar sampai tak nak balik,” katanya. Bagaimanapun, itulah watak si kembar Adam dan Noah menurut Sheikh Muszaphar.
View this post on Instagram
Mungkin lepas ni kena sebut ‘kembar pertama’ sebab Sheikh Muszaphar dan juga Dr. Halina baru sahaja mendapat sepasang anak kembar iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia. Apa-apa pun, menerusi pengkongsian ini, yang lain turut mendapat inspirasi untuk menggunakan kaedah yang sama dalam pendidikan anak-anak mereka.
Baca juga artikel menarik lain:
Kejadian Aneh ‘Hantu’ Ditembak Mati Sehingga Membawa Kepada Kes Pembunuhan
Asal Usul Kereta Pertama Malaysia Dan Dari Mana Datangnya Nama Proton Saga
Sumber daripada: Instagram