Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kerana Sudu & Garfu, Bergaduh Perempuan Muda Dengan Lelaki Tua

today24 March 2021

Background

Kecoh semalam sebuah video tular di twitter yang menunjukkan pergaduhan seorang wanita berbangsa India dan lelaki warga emas berbangsa melayu di sebuah restoran mamak.

Lebih teruk lagi apabila perempuan berbangsa India mengikut emosi dengan memukul dan menendang badan lelaki tua itu. Tidak berdiam, lelaki tua itu turut naik tangan pada perempuan tersebut.

Malangnya, perbuatan lelaki tua itu telah membuatkan ramai pihak berang kerana lelaki tua itu menyerang dan memukul semula wanita tersebut.

Mujur terdapat beberapa anggota pengawal keselematan dan orang awam menahan lelaki berbangsa India yang ingin memukul lelaki warga emas itu sekaligus meleraikan pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun, laporan polis sudah dibuat dan dari apa yang diperoleh menerusi komen pada posting video tersebut, saksi mengatakan punca pergaduhan adalah disebabkan berebutkan sudu dan garfu.

Image

Sebaiknya janganlah hal yang remeh dibesarkan. Selesaikan dengan baik lebih-lebih lagi bila berdepan dengan orang yang lebih tua.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kereta Mewah Habis Dicakar Ayam Jantan Bergaduh Dengan Bayangnya Sendiri

Datuk Bergaduh Parking Heli Depan Rumah-Rumah Flat ‘Sampah’? | KP

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post