Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Berebut ‘Pakwe’ Dan Positif Dadah Mungkin Punca Remaja Perempuan Belasah Rakannya

today5 April 2021

Background

Beberapa hari lepas, tular sebuah video sekumpulan remaja perempuan memukul seorang remaja perempuan telah meraih perhatian warganet disebabkan tidakan tersebut dianggap keterlaluan. Bagaimanapun, difahamkan pihak polis sudah menahan beberapa suspek yang datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah Kelantan.

Pihak polis kemudiannya mengesahkan salah seorang daripada suspek yang serah diri positif dadah. Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, enam remaja perempuan dan empat remaja lelaki berusia 14 hingga 17 tahun tampil menyerah diri sebaik hebahan mengenai mereka dilakukan.

Lapan daripada remaja itu masih bergelar pelajar manakala dua sudah berhenti sekolah dan semua tangkapan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas keterangan selesai diambil. Seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methampethamin dan pihak polis menyatakan punca pergaduhan disyaki disebabkan berebut teman lelaki.

Terdahulu, video yang menunjukkan tiga orang remaja perempuan membelasah seorang lagi rakannya tular di Twitter apabila dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dikenali sebagai nabilfikran10. Menerusi rakaman tersebut, jelas terdengar salah seorang lelaki di situ meminta untuk tidak merakam ‘aksi gangster’ tersebut dan si perakam menyatakan bahawa ia bukan untuk dimuat naik di mana-mana namun akhirnya video itu tersebar juga.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Macam Aktiviti Santai-Santai Sahaja Di Langkawi…”- Polis Mahu Panggil Neelofa & Suami

Bermula Dengan Kematian Gadis Kecil, Patung Seram Okiku Dikatakan Mampu Tumbuh Rambut

Sumber: Harian Metro , Twitter @nabilfikran10

Written by: Adinna


Previous post

FC4837D4-9136-45ED-9DCB-A5B5FE945B06

Sukan

Sabah FC Buat Pelaburan Jangka Panjang, Pasang Papan Iklan LED Dan ‘Bucket Seat’ Di Stadium Likas

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Kelab bola sepak Sabah FC semalam secara rasmi mengumumkan bahawa mereka telah menaiktaraf  beberapa kemudahan di stadium untuk mempertingkatkan nilai komersil kelab. Kemaskini yang dibuat melalui laman sosial Facebook rasmi kelab itu melaporkan bahawa perkara itu adalah sebagai pelaburan jangka masa panjang. dan mereka berharap akan dapat menarik lebih ramai pihak penaja bersama dengan kelab. Pihak... Klik untuk […]

today5 April 2021