Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Susah Tau Nak Buat Surprise Remy Ni.. ” Ramai Puji Bekas Tunang Buat Surprise Birthday Remy Ishak

today12 April 2021

Background

Baru-baru ini media sosial digegarkan dengan tindakan pelakon kacak, Remy Ishak membuat kejutan hari lahir untuk bekas tunangnya, Ezza Yusof. Semalam tular pula kisah bekas tunangnya itu membuat kejutan balas khas buat Remy.  Kisah ini mula tular apabila Ezza di Instagramnya berkongsi sebuah video yang disertakan kapsyen memaklumkan bahawa sangat sukar untuk membuat kejutan untuk seorang yang bernama Remy Ishak.

Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat Ezza membawa kek masuk ke dalam sebuah majlis perkahwinan sahabat mereka sambil diiringi nyanyian daripada rakan-rakan yang hadir. Masing-masing begitu teruja kerana Remy mengakui sendiri bahawa dia begitu terkejut kerana beliau sendiri jarang meraikan hari lahir.

Baca artikel berkaitan: Buat Kejutan Anjur Majlis Hari Jadi Bekas Tunang, Peminat Doakan Hubungan Remy Ishak Kembali Berpaut

Di ruangan komen perkongsian tersebut kemudiannya dibanjiri dengan doa-doa dari pengikutnya agar jodoh Remy dan bekas tunangnya kembali bertaut selepas terlihat kerap bersama kebelakangan ini. Sementara itu, rata-rata warganet turut sama mengucapkan selamat hari lahir buat Remy dan ada juga yang sempat

Sebagai rekod, Remy Ishak pernah bertunang dengan Ezza Yusof yang juga seorang usahawan pada Mei 2017 sebelum masing-masing memilih untuk memutuskan pertunangan pada Mac 2019. Bagaimanapun, hubungan mereka kini dilihat semakin baik dan sejak kebelakangan ini kerap  dilihat bersama. Apapun, kita tunggu nasi minyak Remy Ishak pula ya!

Baca juga: “Jangan Belakangkan Mak Ayah Dan Bersikap Kurang Ajar” – Ibu Chef Wan Sedih Berita Pernikahan Serina

Sumber: Instagram Ezza Yusof

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Hati-hati bersedekah di bulan Ramadan

NORLIDA AKMAR IDROS, WARTAWAN EKSEKUTIFMELANGKAH ke bulan Ramadan, umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah dan amal kebajikan bagi merebut keberkatan serta ganjaran yang besar. Selain mempertingkatkan ibadah, amalan mulia yang amat digalakkan ialah bersedekah kepada golongan memerlukan. Justeru, pada bulan itu kita melihat ramai yang tidak putus-putus bersedekah termasuk memberi makan kepada anak yatim dan fakir miskin. Melihat kepada suasana itu, ada segelintir pihak yang cuba mengambil... Klik untuk baca artikel […]

today12 April 2021