Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Jangan Tangkap Pelakon Sahaja” – Adibah Noor Bersuara Tentang Isu Iklan Judi Menggunakan Pelakon Melayu Yang Mungkin Ditipu

today21 April 2021

Background

Sejak Khamis minggu lalu, heboh dan tular dua video iklan judi yang menggunakan tema sambutan hari raya di laman sosial. Apa yang lebih mengejutkan dan menjadikan isu ini lebih hangat diperkatakan adalah penglibatan pelakon melayu muslim di dalam video tersebut. Mereka dianggap tidak menghormati sensitiviti agama dan rata-rata mengutuk tindakan mereka kerana terang-terang melakukan dan mengajak orang ramai membuat dosa lebih lagi di bulan mulia, bulan Ramadan.

Selepas isu itu hangat diperkatakan wargamaya, pihak berkuasa pantas membuat tindakan dengan menurunkan iklan tersebut daripada laman sosial. Mereka juga telah berjaya mengesan dan menangkap beberapa pelakon yang terlibat di dalam iklan judi online tersebut.

Baca juga: Tak Pasal-Pasal Instafamous Jadi Banduan Sehari Gara-Gara Honeymoon

Terbaru, pelakon, Adibah Noor, berkongsikan pendapatnya di laman Twitter miliknya mengenai isu ini. Kata Adibah, dia sedia maklum dengan penglibatan pelakon melayu muslim dalam mempromosikan iklan judi yang kini semakin banyak. Namun, dalam bertanda-tanya tentang bagaimana para pelakon tersebut boleh bersetuju untuk melakukan rakaman video tersebut, Adibah bertegas supaya motif sebenar dalang disebalik semua ini dirungkaikan.

“Jangan tangkap “pelakon” shj ya. You gotta get the “client”, “agency”, production company too”

Adibah turut berkata di dalam hal ini bukan sahaja pelakon patut ditangkap dan disalahkan, tetapi semua pihak yang terlibat termasuklah pelanggan, agensi sindiket perjudian dan syarikat produksi harus ditangkap.

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan Adibah. Ada yang berkata bahawa dia merasakan seperti ada sesuatu yang pelik tentang isu ini di mana pelakon-pelakon di dalam iklan ini mungkin telah ditipu oleh pihak produksi sebelum merakamkan video judi berkenaan.

Ada juga yang menambah bahawa dia yakin para pelakon tersebut tidak akan terlibat dengan penggambaran video ini jika mereka tahu terlebih dahulu isi kandungan penuh dan perincian iklan raya bertemakan judi ini. Lagi-lagi bayarannya cumalah RM180, tidak masuk akal untuk mereka terlibat untuk jumlah yang sedikit begitu.

Wargamaya berharap agar pihak berkuasa menyiasat isu ini dengan lebih mendalam. Kasihan juga pada para pelakon jika benar mereka sebenarnya ditipu pihak produksi tetapi terpaksa menerima tamparan dan tohmahan yang paling dasyat ibarat kambing hitam sedangkan dalang di sebalik sindiket ini masih selesa. Apa pun, kita berharap tiada lagi video penghinaan bulan Ramadam dan Islam berlegar-legar di laman sosial kerana sesiapa sahaja boleh turut terpengaruh dan terjebak.

Baca juga: “Kurang Ajar..” – Ashraf Muslim Berang Iklan Raya Promosi Judi

Sumber: Adibah Noor

Written by: Danisyah Dalily


Previous post