Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Menteri Agama Ucap Terima Kasih, Netizen Bersyukur Ustaz Zainul Asri Ubah Pendirian Terhadap Vaksin COVID-19

today4 June 2021

Background

Dalam zaman mudahnya tersebar sebarang maklumat di media sosial, kalau boleh kita mahukan maklumat yang kita dapat itu adalah sahih dan bukannya berita palsu. Lagi-lagi sekarang kita masih sedang berperang dengan wabak membunuh COVID-19, lagilah kita tak nak berita yang salah sampai kepada kita. Takut ia mempengaruhi sesetengah orang sehingga melakukan tindakan dan keputusan yang salah. 

Kerajaan sedia maklum wujudkan golongan yang menolak penggunaan vaksin ini atas sebab mereka meragui isi kandungan dan juga kesan sampingan vaksin. Dalam pada itu, mereka yang berpengaruh dilihat ada menyampaikan dakwaan yang salah sehingga menimbulkan keraguan terhadap vaksin dalam kalangan pengikutnya. Terdahulu, Ustaz Zainul Asri, iaitu seorang penceramah bebas ada membuat dakwaan bahawa vaksin ini bahaya untuk diambil kerana boleh mengakibatkan maut dalam tempoh dua tahun selepas suntikan. 

Baca juga: “Kena Marah Pun Relax Je” – Ramai Puji Keisha Tak Melenting Kena Marah Dengan Nabila Huda Pasal Hal Remeh

Dakwaan tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak, dan tentunya bagi mereka yang mahukan semua rakyat divaksin untuk keselamatan bersama menolak sekeras-kerasnya dakwaan ini. Bagaimanapun, menerusi perkembangan terbaharu, Ustaz Zainul Asri dilihat telah mengubah dan memperbetulkan kenyataan beliau. 

Selepas mendapat maklumat daripada pihak yang benar, Ustaz Zainul Asri telah menarik semula pendapat lamanya berkenaan vaksin dan menyeru agar orang ramai menyokong usaha kerajaan berkenaan vaksin. Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih buat Ustaz Zainul atas keterbukaan menerima pandangan kerajaan.

Wargamaya yang lain juga tampil memanjatkan rasa syukur kerana kenyataan baharu Ustaz Zainul Asri ini akan memperbetulkan pandangan ramai pengikutnya berkenaan vaksin COVID-19. Sementara itu, Dr Zulkifli juga memaklumkan bahawa badan  berautoriti fatwa dunia seperti Majma’ al-Fiqh al-Islami menerima semua jenis vaksin yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka isu kehalalan vaksin tidak lagi menjadi pertikaian.

Baca juga: “Are You Ok JAKIM?” – JAKIM Tiba-Tiba Jadi Trending Di Twitter, Netizen Persoalkan Penggunaan Hadis Dhaif

Written by: Hamka Rosli


Previous post