Secara tiba-tiba Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjadi sohor kini dan bualan wargamaya di lama Twitter. Semua gara-gara satu ciapan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM mengenai larangan menghina ketua negara yang disertakan sekali dengan satu hadis Rasullullah S.A.W. Bagaimanapun, timbul keraguan mengenai hadis yang digunakan itu.
Daripada Abi Bakrah RA, bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sultan (Pemerintahan) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya.” pic.twitter.com/AmsXC6h65i
— JAKIM (@MyJAKIM) June 2, 2021
Dengan pantas wargamaya membuat carian sumber bagi memastikan kesahihan hadis tersebut. Hasil pencarian mendapati hadis yang digunakan oleh pihak JAKIM itu adalah hadis dhaif, iaitu hadis yang lemah dan tidak tahu asal perawi ataupun periwayatnya. Jadi boleh dikatakan hadis dhaif adalah hadis yang tak digalakkan untuk digunakan kerana dianggap lemah.
Disebabkan oleh ciapan tersebut, wargamaya membanjiri ruangan Twitter dengan mempersoalkan penggunaan hadis dhaif tersebut oleh JAKIM. Sementara itu, ada juga yang risau dengan JAKIM dan bertanyakan sama ada organisasi tersebut dalam keadaan baik ataupun tidak.
Hadith mungkar. Hanya ulama muta’akhirin seperti Imam Suyuti yang menilainya hasan.
Bayangan Allah di sini bermaksud seperti bayang-bayang yang melindungi dari kepanasan matahari; sultan berfungsi melindungi rakyat dari kezaliman dan menuntut keadilan untuk rakyat. https://t.co/aMGMFqH34z
— Wen Shu (@WinterSoldier7h) June 2, 2021

Kelihatan seperti ramai yang menyerang akaun Twitter JAKIM disebabkan isu ini sehingga ia menjadi trending. Namun dalam masa sama, di Instagram milik JAKIM terdapat seorang pengguna memberi penjelasan berbeza mengenai status hadis ini. Katanya, hadis yang diambil JAKIM ini adalah hadis yang diriwayatkan Abi Bakrah RA dan ia dinilai sebagai hadis sahih oleh Imam Suyuthi.

Pelbagai pandangan mengenai isu ini, namun apa yang penting pesanan untuk tidak menghina pemerintah negara itu haruslah diambil. Adab kita adalah lambang keperibadian kita.
Sumber daripada: Twitter