Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Sayang Baby Sampai Syurga” – Kucing Jagaan 13 Tahun Mati, Didie Alias Teresak-Esak Menangis

today13 June 2021

Background

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang disayangi ramai. Buat mereka yang memelihara kucing sejak ia masih kecil pasti rasa sayang itu makin lama makin bertambah. Buat apa-apa semuanya bersama sehinggakan haiwan berbulu ini sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga. Namun, satu fakta tentang kucing, jangka hayatnya di dunia ini lebih pendek daripada manusia. Hal ini adalah kerana kiraan umur kucing berbeza dengan manusia.

Terbaru, pelakon veteran, Didie Alias, berkongsikan perjalanan terakhir kucingnya yang dipanggil dengan nama manja “Baby”. Video tersebut melihatkan Baby diusap lembut oleh Didie. Baby nampak uzur dan tidak larat untuk bergerak namun apabila dipanggil dia tetap menyahut dengan perlahan. Sayu rasanya melihat keadaan itu.

Baca juga: Michael Ang Tunaikan Janji, Beri RM500 Seorang Kepada Yang Berjaya Buat Lockdown Kendiri

Menurut perkongsian Didie, Baby sudah bersama dengan mereka sekeluarga selama 13 tahun. Ia adalah satu jangka masa yang lama buat seekor kucing, Jika dikira, umur Baby sudah mencecah 68 tahun. Hari ini, Baby menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 12.37 tengahari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Kata Didie, Baby adalah seekor kucing yang baik dan sangat manja. Dialah peneman di rumah dan dialah yang akan sentiasa menunggu kepulangan ahli keluarga di pintu depan rumah. Kehilangan selamanya bukan sesuatu perkara yang mudah untuk diterima.

Dalam sebuah lagi posting, Didie Alias dilihat sedang menggendong Baby yang dibalut menggunakan kain batik. Ketika ini Baby sudahpun tiada, terlihat bengkak mata Didie semasa memeluk Baby.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Sedihnya lihat Didie nangis dengan teresak-esak. Sesiapa yang mencintai kucing pasti faham dengan apa yang dirasai Didie sekeluarga. Menerusi ruangan komen, semua turut mengalirkan air mata melihat video-video yang dikongsikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Kami turut ucapkan takziah kepada Didie Alias dan keluarga dan kami doakan agar semuanya dipermudahkan. Baby akan sentiasa berada dalam ingatan.

Baca juga: “An Ideal Family” –  Walau Jadual Padat, Hairul Dan Hanis Sentiasa Pastikan Ada Waktu Untuk Keluarga

Sumber: Didie Alias

Written by: Danisyah Dalily


Previous post