Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Dah Lama Tengok Kasut Uncle Koyak” -Tindakan Pemuda Hadiahkan Kasut Baru Kepada Pekerja Pembersihan Raih Pujian

today22 June 2021

Background

Jika nak diikutkan berapa ramai sahaja orang yang betul-betul peka dengan keadaan orang lain, terutamanya pekerja pembersihan awam kan? Kita selalu sahaja nampak mereka dan jika ada yang ramah selalu bertegur-sapa tapi jaranglah kita perhatikan secara teliti perincian tentang mereka.

Baca juga: “Penuh Santun Dan Adab” – Merisik Hanya Melalui Alam Maya, Tindakan Erma Fatima Dijadikan Contoh

Namun, seorang pemuda yang dikenali dengan nama Affi Ariff ini sangat peka sehingga dia perasan pekerja pembersihan di kawasan perumahannya telah memakai kasut yang koyak dengan begitu lama. Kisah ini dikongsikan oleh Affi di laman Facebooknya.

                                         

Menurut Affi, dia sudah lama perasan bahawa pekerja pembersihan yang dipanggil Uncle Ali ini memakai kasut yang koyak dengan teruk. Melihat kepada gambar yang dikongsikan memang teruk rosaknya. Jika orang lain pasti sudah menggantikannya dengan kasut yang baharu tetapi Uncle ini terus sahaja memakai kasut ini tanpa keluhan.

Oleh itu, pada tanggal 20 Jun iaitu tanggal ulangtahun kelahiran Affi, dia menghadiahkan sepasang kasut baharu kepada Uncle Ali. Katanya, “supaya Uncle selesa membuat kerja”. Affi ada berkongsikan gambar Uncle Ali memakai kasut yang baru dibelinya itu, nampak gembira betul Uncle Ali. Sempat juga dia tunjuk “good”.

Menerusi perkongsian Affi ini, dia ada membuat ucapan khas buat Uncle Ali. Dia ucapkan terima kasih atas jasa Uncle Ali membersihkan jalan raya bagi kegunaan penduduk di sekitar. Jika tiada Uncle Ali yang membersihkan kawasan itu pasti ianya akan penuh dengan sampah sarap dan menyukarkan penduduk untuk bergerak.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata memuji sikap Affi yang peka dengan keadaan di sekelilingnya. Ramai yang mendoakan agar rezekinya dimurahkan kerana telah membantu Uncle Ali. Memang satu kisah yang patut dijadikan inspirasi buat lebih ramai orang di luar sana. Dalam keadaan yang sukar ini, marilah kita saling membantu antara satu sama lain. Bantuan tidak perlu besar, setakat yang kita mampu pun sudah cukup.

Baca juga: “Everyone Is Beautiful In Their Own Way” –  Rakan Artis Sokong Mesej Yang Disampaikan Nabila Huda

Sumber: Affi Ariff

Written by: Danisyah Dalily


Previous post