Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Berat Badan Kembali Naik, Elyana Ucapkan Terima Kasih Kepada Yang Tak Jemu Sedekah Makanan

today24 June 2021

Background

Sejak minggu lalu, penyanyi, Elyana telah dimasukkan ke hospital bagi rawatan radioterapi iaitu rawatan buat pesakit kanser. Sejak seminggu ini juga, dia sering berkongsikan tentang perkembangan kesihatannya. Setiap perkongsian dari Elyana sangatlah positif sehingga ramai yang kagum melihatnya.

Baca juga: Kisah Seorang Doktor Tukar Kerjaya Sebagai Pereka Kek Menjadi Inspirasi

Terbaru, Elyana ada berkongsikan bahawa berat badannya kembali naik, daripada 35 kg kini telah naik sehingga 42 kg. Elyana begitu gembira dengan perkembangannya ini. Terdahulu dia bimbang kerana berat badannya semakin menyusut sejak dia menjalani rawatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Kenaikan berat badan adalah tanda bahawa badannya sudah semakin sihat dan ia juga adalah petanda bahawa Elyana masih menjaga pemakanannya walaupun sedang sakit. Melalui perkongsiannya di Instagram, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada yang tak  jemu-jemu memberikannya makanan. Ia merupakan satu sedekah dan juga satu bentuk dorongan buatnya untuk terus sihat.

Meninjau ke ruangan balas, ramai yang mendoakan kesihatan Elyana. Jika dilihat di setiap posting Elyana, memang tak putus-putus orang mendoakannya. Malah, rakan selebriti turut memberikan kata-kata semangat kepadanya. Terbaru, Sherry Al-Hadad sempat berkata dia bangga melihat perkembangan Elyana setiap hari.

Bertarung dengan penyakit  kanser bukanlah perkara mudah. Sungguh mereka ini adalah orang-orang yang kuat. Apa pun, kita doakan agar Elyana terus diberi kekuatan untuk terus berjuang.

Baca juga: Seronok Bermain Lumpur, Adik-Beradik Lari Lintang-Pukang Lepas Bapa Pulang

Sumber: Elyana

Written by: Danisyah Dalily


Previous post