PETALING JAYA – Mars Petcare mempelawa pemilik kucing untuk menyertai pelbagai program menarik sebagai meraikan sambutan Hari Kucing Sedunia pada bulan Ogos ini.
Antara yang program yang dijalankan adalah Kempen Kediaman Mesra Bagi Setiap Kucing yang akan berlangsung di seluruh negara bertujuan untuk memberi peluang kepada pemilik haiwan berkenaan berkongsi kisah menyentuh hati masyarakat mengenai binatang.
Pengarah Negara Mars Petcare Nutrition Malaysia, Wee Li Ying berkata, program ini akan menggalakkan orang ramai berkongsi keseronokan menjadikan kucing sebagai ahli keluarga mereka dan diharapkan kisah tersebut dapat menginspirasikan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

“Di Mars Petcare kami percaya kepada falsafah A Better World For Pets dan percaya bahawa setiap haiwan peliharaan ini berhak hidup di dalam dunia yang lebih baik.
“Kepercayaan ini juga sangat bertepatan terutamanya bagi haiwan yang masih belum mempunyai rumah kekal,” katanya dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: