Media Prima Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM12.7 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir
30 Jun 2021 mewakili lonjakan positif daripada kerugian selepas cukai sebanyak RM18.0 juta bagi tempoh suku tahunan dalam perbandingan (“2QFY20”).
Ini dicapai melalui peningkatan sebanyak 24% dalam perolehan Kumpulan kepada RM292.4 juta pada 2QFY21 berbanding RM236.3 juta pada 2QFY20, yang dipacu oleh perolehan pengiklanan yang lebih tinggi biarpun cabaran-cabaran berterusan dikaitkan dengan perintah kawalan pergerakan seluruh negara akibat peningkatan semula kes
Covid-19.
MEDIA PRIMA KEKAL RANGKAIAN TELEVISYEN UTAMA MALAYSIA

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021, Kumpulan mencatatkan PAT berjumlah RM16.8 juta berbanding LAT sebanyak RM48.0 juta pada tempoh dalam perbandingan (“1HFY20”). Perolehan Kumpulan meningkat 15% kepada RM547.0 juta pada 1HFY21 daripada RM474.7 juta pada 1HFY20….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: