Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jijik Dan Kotor, Netizen Kecam Tindakan Pengunjung Cemari Tandas Awam Pantai Morib

today3 September 2021

Background
Untitled collage-19-2




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sedia maklum, kini sudah banyak kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah lengkap menerima vaksin dan pelbagai aktiviti turut dibenarkan di kawasan PKP fasa 1 termasuk berpiknik di tepi pantai.

Dalam satu perkongsian di group Facebook Banting, beberapa keping gambar memaparkan keadaan tandas awam yang baru dibuka di Pantai Morib, Selangor. Apa yang mengejutkan adalah tandas awam tersebut telah dicemari dengan sampah ditinggalkan oleh pengunjungnya.

Screenshot 2021-09-03 at 3.29.06 PM

Difahamkan, tandas awam tersebut baru sahaja siap dibina dan dibuka kepada umum. Dapat dilihat pampers ditinggalkan begitu sahaja tanpa dimasukkan dalam tong sampah atau dibawa pulang.

Lantaran itu, rata-rata netizen mengecam tindakan pengguna tandas awam yang tidak bertanggungjawab dan tiada kesedaran sivik. Malah, para netizen turut mengatakan sikap tidak bermoral itu menunjukkan masih ada individu memiliki mentaliti kelas ketiga.

Screenshot 2021-09-03 at 12.45.58 PM

Screenshot 2021-09-03 at 12.46.34 PM

Screenshot 2021-09-03 at 12.47.02 PM

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Syamimi


Previous post

Sukan

TFC mahu calar ego JDT

Kuala Terengganu: Pertembungan Terengganu FC (TFC) dengan juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak malam esok pastinya dinantikan peminat setia kedua-dua pasukan.

today3 September 2021