Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kempen Maggi sumbang 50,000 pek makanan

today9 September 2021

Background


PETALING JAYA – Sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, kempen Maggi Sah Malaysia kembali bagi menyuntik semangat positif di seluruh negara dan menghidupkan semula memori indah yang tercipta bersama rakyat Malaysia sepanjang lima dekad yang lalu.

Diilhamkan daripada paparan solidariti rakyat Malaysia di te­ngah kesukaran berdepan pandemik Covid-19, Maggi Sah Malaysia diperkenalkan tahun lalu untuk meraikan kecekalan dan ketabahan masyarakat serta­ menghimpun sokongan bagi golongan memerlukan.

Sejumlah 50,000 kit makanan telah disumbangkan kepada golongan B40 melalui Peraduan Maggi Sah Malaysia Beli & Ber­amal pada tahun lalu.

Masuk tahun kedua, Peraduan­ MAGGI Sah Malaysia Beli & Ber­amal membawa matlamat sama untuk menyumbangkan 50,000 lagi kit makanan kepada golo­ngan B40 di seluruh negara.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, pihaknya berbesar hati kerana telah menjadi sekutu di dapur rakyat Malaysia selama 50…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

TH rekod pendapatan RM1.52 bilion

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat pendapatan sebanyak RM1.52 bilion bagi setengah tahun pertama berakhir 30 Jun 2021, penurunan satu peratus berbanding RM1.55 bilion yang dicapai pada tempoh sama tahun sebelumnya. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, sebahagian besar pendapatan diperoleh daripada pelaburan pendapatan tetap yang menyumbang RM942.6 juta, merangkumi 62 peratus daripada pendapatan, manakala sumba­ngan pelaburan saham meningkat kepada RM219.9 […]

today9 September 2021