Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

OPR kekal 1.75 peratus – Kosmo Digital

today10 September 2021

Background


PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.
MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif.

Menurutnya, langkah-langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangkan kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi.

“Berikutan keadaan pandemik yang tidak menentu, pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data, maklumat baharu dan kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“Bank Pusat terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, BNM menjelaskan, ekonomi global terus pulih, disokong oleh peningkatan aktiviti perkilangan dan perkhid­matan, kekuatan pemulihan berbeza-beza merentas pelbagai negara terutamanya mengikut liputan pemberian vaksin,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Measat mahu hubungkan 3-5% populasi terakhir di pedalaman

PETALING JAYA – Pengendali satelit utama negara, Measat berhasrat untuk menghubungkan tiga hingga lima peratus populasi terakhir di pedalaman yang masih tidak memiliki atau berdepan kesukaran untuk mendapatkan akses internet dengan kemudahan jalur lebar CONNECTme NOW. Ketua Pegawai Operasinya, Yau Chyong Lim berkata, peratusan tersebut melibatkan kira-kira 1.6 juta penduduk Malaysia. Jelasnya, Measat berada di posisi terbaik untuk menyediakan kemudahan berkenaan kerana sifat teknologi satelit yang membolehkan penyediaan internet di […]

today10 September 2021