Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Maju Healthcare bangunkan DTC pertama di Langkawi

today17 September 2021

Background


PETALING JAYA – Pusat sari­ngan dan ujian pandu lalu (DTC) yang dibangunkan Maju Healthcare di Langkawi adalah yang pertama disediakan di pulau pe­ranginan tersebut.

Pusat yang lengkap dengan makmal Covid-19 itu berkemampuan melakukan ujian berskala besar sehingga 5,000 ujian setiap hari.

Ia juga mampu mengeluarkan keputusan ujian RT-PCR terpantas dengan keputusan boleh didapati dalam lingkungan satu jam serta rangkaian perkhidmatan yang luas termasuk ujian Antigen RTK (swab/air liur) dan ujian antibodi yang pantas.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Maju, Mohd. Faiq Abu Sahid berkata, DTC bakal membantu melicinkan lagi program Mysafe Langkawi bagi mewujudkan gelembung perjalanan yang selamat di Langkawi dengan prosedur dan operasi pengurusan wabak tersebut dengan mantap.

“Perkhidmatan menyeluruh yang ditawarkan di DTC iaitu dari penyaringan hingga pengujian berserta kemampuan makmal akan menjadi pusat sehenti untuk komuniti di Pulau Langkawi.

“Kami berbangga dapat me­nerajui…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Pengiktirafan MR D.I.Y. selepas disenarai di Bursa Malaysia

PETALING JAYA – MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.), telah menerima tiga anugerah di Alpha SEA 11th Institutional Investor Corporate Awards 2021 (Alpha SEA) pada minggu lalu, hanya selepas setahun disenaraikan di Bursa Malaysia. Kumpulan telah menerima anugerah Most Organised Investor Relations dan Best Se­nior Management IR Support, manakala Naib Presiden Kewa­ngan Kanannya, Lim Chen Hwee, dinobatkan sebagai Best CFO in Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, pengiktirafan […]

today17 September 2021