Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Vanke sumbang RM10,000 kepada Mercy Malaysia

today23 September 2021

Background


PETALING JAYA – Syarikat hartanah, Vanke Malaysia ­menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan, Mercy Malaysia sempena kempen Senyum Malaysia yang dilaksanakan untuk sambutan bulan kemerdekaan.

Bagi setiap foto dengan simbol tangan Senyum Malaysia yang dimuat naik di media sosial, Vanke Malaysia akan menyumbang RM10.

Sepanjang kempen tersebut, sebanyak 1,000 foto telah berjaya dikumpul.

Pengarah Urusan Vanke Malaysia, Lang Cong berkata, sumbangan tersebut adalah untuk membantu meningkatkan sistem kesihatan negara dengan menyumbang bekalan dan kemudahan perubatan kepada kumpulan ter­pinggir.

“Kami amat berterima kasih kepada semua peserta yang te­lah mengambil bahagian dalam kempen ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Penyerahan cek sumba­ngan disampaikan Lang Cong kepada Naib Presiden II Mercy Malaysia, Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah di Dewan Expe­riential Vanke di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Perkhidmatan penghantaran mel, bungkusan antarabangsa Pos Malaysia kembali aktif

PETALING JAYA – Pos Malaysia kembali menyediakan perkhid­matan penghantaran antarabangsa bagi mel dan bungkusan bermula semalam. Khidmat itu meliputi 56 negara destinasi, antaranya Australia, Austria, Bahrain, Belgium, Bulgaria, China, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Mesir, Ethiopia, Perancis, Jerman, Greece, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Iran, Iraq, Ireland, Itali, Jepun, Jordan, Kuwait, Le­banon dan Maldives. Selain itu, penghantaran turut disediakan ke Maghribi, Belanda, Norway, Oman, Pakistan, Filipina, Poland, Portugal, Qatar, Romania, […]

today23 September 2021