Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Segmen kereta terpakai kembali aktif

today29 September 2021

Background


PETALING JAYA – PCCS Group Bhd. (PCCS) mengunjurkan perniagaan sewa belinya pada bulan ini dengan nilai pinjaman buku sebanyak RM5 juta bakal menyumbang kepada kewa­ngan semasa bagi tahun kewa­ngan berakhir 31 Mac 2022.

Pengarah Urusan Kumpulan, David Chan Wee Kiang optimis terhadap sayap perniagaan sewa belinya, Southern Auto Capital Sdn. Bhd. (Southern Auto) akan menyumbang hasil kepada kumpulan seiring de­ngan peralihan Melaka kepada Pelan Pemulihan Negara fasa dua.

Menurut beliau, pandemik telah menyebabkan peningkatan dalam perniagaan kereta terpakai ekoran masyarakat agak sensitif terhadap per­belanjaan.

“Terdapat permintaan yang baik dalam penjualan kereta terpakai. Kami dijangka ­me­ngagihkan pinjaman seba­nyak RM1 juta setiap bulan bermula bulan ini.

“Melihat kepada perkembangan semasa yang mana banyak sektor ekonomi telah dibuka, kami mengunjurkan saiz pinjaman buku untuk segmen sewa beli akan berganda menjelang tahun kewangan akan datang,” katanya dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Raya sasar jadi operator dron kargo pertama ASEAN

PETALING JAYA – Penyedian kemudahan logistik tempatan, Raya Airways Sdn. Bhd. (Raya) telah menjalin usaha sama de­ngan Pen Aviation Sdn. Bhd. bagi memulakan program pembuktian pengkomersialan (POC) untuk daya maju komersial penggunaan dron bagi mengangkut barang. Pengarah Urusan Kumpulan Raya, Mohamad Najib Ishak berkata, ia menandakan pencapaian penting bagi syarikat untuk me­mulakan perjalanan menjadi penyedia perkhidmatan kargo pertama di ASEAN yang mengendalikan kargo menggunakan dron. “POC yang dijangka bermula suku […]

today29 September 2021