Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

EPMB, MARii teroka projek pengeluaran, pemasangan EV

today11 November 2021

Background


PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjalinkan kerjasama dan meneroka Ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) dan Penghantaran Pantas.

Melalui usaha sama tersebut, kedua-dua entiti tersebut bercadang meneroka penubuhan pelan pengeluaran dan pemasangan tempatan bagi EV 2-roda dan 4-roda.

Projek tersebut membabitkan penyediaan infrastruktur pemasaran untuk menjual EV di pasaran Malaysia, bersama sokongan rangkaian pengecasan.

Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, pada peringkat awal, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan ekosistem penghantaran pantas de­ngan menggabungkannya dengan sistem pembayaran elektronik.

“Langkah itu akan menakrifkan semula infrastruktur penghantaran semasa dan menggabungkannya untuk dilaksanakan di peringkat seterusnya.

“Ia juga akan memacu platform berstruktur dan bersepadu yang memberi perkhidmatan lebih baik kepada semua peringkat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Usaha sama strategik Northport, MPL

PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) telah memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Maldives Ports Limited (MPL) untuk mewujudkan hubungan pelabuhan berkembar (sister port) de­ngan tujuan menjalin kerjasama strategik dalam pembangunan perniagaan, inisiatif halal, latihan, pertukaran sementara kakitangan dan penyelenggaraan ­pe­ralatan. Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, melalui perjanjian tersebut, kedua-dua pihak bakal bekerjasama untuk memudahkan perdagangan, terutamanya dalam mempromosikan perdagangan halal. Ini katanya, bagi menampung […]

today11 November 2021