Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

WZ Satu cadang ambil alih CESSB dengan nilai RM140 juta

today18 November 2021

Background


PETALING JAYA –  WZ Satu Berhad (WZ Satu) bercadang  mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Citaglobal Engineering Services Sdn. Bhd. (CESSB) daripada Citiglobal Sdn. Bhd. dengan pertimbangan pembelian indikatif sebanyak RM140 juta.

Cadangan pengambilalihan itu hadir bersama jaminan keuntungan bersih agregat sebanyak RM60 juta untuk tiga  tahun kewangan penuh berakhir 2022, 2023 dan 2024.

Berhubung cadangan pengambilalihan tersebut, WZ Satu telah memeterai perjanjian terikat (BA) dengan Citiglobal untuk meneroka dan mengadakan rundingan lanjut eksklusif membabitkan cadangan tersebut.

CESSB ialah sebuah syarikat sendirian berhad milik bumiputera dengan pesanan kontrak kira-kira RM500 juta dan ia terlibat terutamanya dalam perkhidmatan perundingan kejuruteraan dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

Pengerusi Eksekutif WZ Satu, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria  berkata, menerusi cadangan pengambilalihan tersebut,  WZ Satu akan menjadi syarikat utama dan mahu membawanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post