Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Media Prima Lancar Kempen CNY 2022, Bawa Semangat Positif Untuk Rakyat!

today9 December 2021

Background


Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2022, Media Prima Berhad menerusi 8TV saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia telah melancarkan Kempen Tahun Baharu Cina 2022 #Yoohoo2022 berserta dengan album CNY 2022.

Ini adalah hasil kolaborasi dengan stesen radio 8FM, rangkaian TV beli-belah WOWSHOP, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) secara siaran langsung dari 8TV dan juga strim secara langsung di laman Facebook 8TV, 8FM, WOWSHOP, Rojaklah, Viralcham dan TTN selama satu jam bermula dari pukul 9.00 malam pada 8 Disember 2021.

KEMPEN TAHUN BAHARU CINA BAWA SEMANGAT POSITIF KEPADA RAKYAT

Sesi pelancaran tersebut menampilkan 16 CNY Buddies 2022 iaitu Ong Ching Yee, Owen Yap, Orange Tan, Rickman Chia, Gary Yap, Royce Tan, Angeline Ooi, Jordan Sen, Pauline Tan, Melissa Ong, Ash Lu, Kendra Sow, Kyann Lim, Hana Xinyi, Nickkung dan Joey Kong untuk sama-sama menyebarkan mesej positif dan keriangan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anis Affandi


Previous post