Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bantuan RM1 juta untuk koperasi terjejas banjir

today28 December 2021

Background


PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memperuntukkan bantuan permulaan sebanyak RM1 juta untuk koperasi yang terjejas akibat banjir.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, nilai maksimum yang akan diberikan kepada setiap koperasi yang la­yak adalah sebanyak RM30,000.

“Bantuan ini tidak terhad untuk premis koperasi yang terjejas banjir sahaja, tetapi juga untuk membiayai kerosakan dan kerugian prasarana di tapak pertanian, perladangan dan penternakan yang diusahakan oleh koperasi yang terjejas,” katanya.

Noh Omar menambah, SKM kini turut membenarkan mana-mana koperasi di negeri-negeri yang terjejas banjir menangguhkan pengauditan akaun koperasi disebabkan kemusnahan dokumen-dokumen perakaunan akibat banjir.

Jelasnya, penangguhan tersebut juga tidak menolak kemungkinan koperasi turut terpaksa menangguhkan mesyuarat agung tahunan ke satu tempoh yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Famili

Suami Buatkan Kabinet Dapur Baru, Mudahkan Isteri Berkerusi Roda

Seperti yang kita tahu kehidupan berumah tangga sememangnya harus saling melengkapi dan memahami antara satu sama lain. Ini merupakan kunci utama dalam memastikan hubungan sentiasa kekal bahagia. Hal ini dapat disamakan dengan perkongsian seorang isteri yang memaparkan suami tercinta sanggup membuat sendiri kabinet dapur untuk isteri yang berkerusi roda. Usaha dan penat leleh si suami […]

today28 December 2021