Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Bertemu Kembali Ibu Terpisah Selepas 30 Tahun Hanya Dengan Lukis Peta

today3 January 2022

Background


Seorang lelaki di China yang diculik lebih 30 tahun lalu bertemu semula dengan ibu kandungnya selepas berjaya melukis peta kampung yang diingat dari zaman kanak-kanak, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Li Jingwei berusia empat tahun ketika diculik dari rumahnya dan dijual kepada kumpulan pemerdagangan kanak-kanak.

Baca juga: Cara Bersihkan Tangki Seterika Wap Dengan Betul, Barulah Tak Berlumut!

LUKIS PETA GUNA TANGAN, DIBERIKAN KEPADA POLIS

Pada 24 Disember lalu, dia berkongsi peta yang dilukis menggunakan tangan pada aplikasi perkongsian video, Douyin yang kemudian dipadankan polis dengan sebuah perkampungan kecil dan seorang wanita yang kehilangan anaknya.

Selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kedua-dua beranak itu disatukan semula di wilayah Yunnan, semalam.

Menerusi rakaman video pertemuan semula itu, selepas Jingwei membuka pelitup muka, ibunya dilihat berhati-hati memeriksa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anis Affandi


Previous post