Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Bekas ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto dilaporkan sah akan berkelana ke Itali untuk menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan kelab saingan Serie B, Como FC.
Tugasan bersama kelab yang kini menduduki tangga ke-11 liga itu menyaksikan Kurniawan bakal menjadi penolong kepada ketua jurulatih, Giacomo Gattuso.
Menurut sumber laporan Goal Indonesia, pengendali berusia 45 tahun itu mendedahkan sedang menunggu segala urusan bagi menyelesaikan isu permit kerja di Itali yang sedikit lewat kerana varian Omicron melanda dunia ketika ini.
Difahamkan, Como FC yang dimiliki oleh rakyat Indonesia, Robert Budi Hartono (pemilik syarikat Djarum) sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmat Kurniawan, namun pada ketika itu beliau masih membimbing Sabah.
“Tidak pernah saya membayangkan. Tidak pernah juga saya mempunyai mimpi seperti ini [untuk menyertai Como FC],” ujar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: