Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kerajaan UK pada hari ini akhirnya memutuskan untuk membekukan kesemua aset oligarki Rusia yang dikatakan sebagai salah seorang golongan oligarki Kremlin yang menjadi penyokong dasar Vladimir Putin di Rusia – iaitu Roman Abramovich.
Dalam kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan, kesemua aset Abramovich ketika ini dibekukan dan perniagaannya di UK juga tidak dibenarkan beroperasi.
Aset terbesar Roman Abramovich adalah kelab bola sepak Chelsea. Kelab tersebut walaubagaimanapun diberikan kelonggaran khas dan dibenarkan beroperasi sebagai kelab bola sepak menggunakan lesen khas.
Ini kerana kerajaan mengambil kira isu kebajikan pemain dan jurulatih dalam pasukan tersebut.
Menurut laporan oleh koresponden Martyn Ziegler: “Roman Abramovich kini disekat oleh kerajaan UK. Kesemua asenya di UK dibekukan. Chelsea masih boleh beroperasi menggunakan lesen khas namun penjualan kelab itu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: