Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sime Darby labur RM2 juta bangunkan ERKC

today31 May 2022

Background


SHAH ALAM – Sime Darby Pro­perty Berhad (Sime Darby Pro­perty) melabur sebanyak RM2 juta untuk membangunkan Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina (ERKC) di Bandar Elmina dekat sini.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican Azmi Merican berkata, kos tersebut merangkumi penanaman pokok serta pengekalan tumbuh-tumbuhan yang ada dalam kawasan hutan di perbandaran tersebut.

“Pusat yang berkeluasan 0.4 hektar ini dibina untuk kesinambungan kawasan hutan yang ada di sekitar perbandaran di sini.

“Cabaran bagi membina pusat ini adalah mencari beberapa ­spesies pokok yang sukar didapati pada masa kini untuk dita­nam di ERKC,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pe­rasmian ERKC di Bandar Elmina di sini semalam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ber­kenan merasmikan pusat terbabit yang turut dihadiri Permaisuri Se­langor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post