Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pendapatan Glomac naik kepada RM65.5 juta suku pertama

today21 September 2022

Background


PETALING JAYA – Pendapatan Glomac Berhad (Glomac) bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 30 April 2023 naik sebanyak 127 peratus kepada RM65.5 juta berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai juga bertambah sebanyak 108 peratus kepada RM7.9 juta berbanding RM3.8 juta yang dicatat pada suku pertama tahun kewangan 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, prestasi memberangsangkan ini disumbangkan aktiviti pembinaan yang kembali aktif selepas terkesan daripada pelbagai pelaksanaan perintah sekatan sepanjang tempoh pandemik lalu.

“Menyumbang kepada pendapatan bagi suku kewangan ini adalah projek yang sedang berlangsung di Saujana Perdana, [email protected] Kelana Jaya dan 121 Residences,” katanya.

Selain itu, Kumpulan turut mencatat kedudukan tunai dan deposit yang kukuh sebanyak RM223.8 juta berbanding RM215.4 juta pada akhir bulan April 2022.

Glomac mencatat jualan baharu tertinggi sebanyak RM52 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023 berbanding…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

AirAsia catat rekod jualan baharu selepas pandemik

Jualan promosi Lima Juta Tempat Duduk Percuma yang ditawarkan oleh AirAsia pada Isnin lalu telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat apabila setengah juta tempat duduk telah dijual bagi penerbangan jarak dekat dan jauh dalam masa 48 jam sahaja 

today21 September 2022